Isteri Yang Mengandung, Suami Yang ‘Morning Sickness’.

 

Pernah tak dikalangan kita terdengar atau alami sendiri situasi sebegini? Isteri yang mengandung, tapi suami pula yang sakit lebih-lebih. Dia yang mual, muntah-muntah, sakit sendi dan seumpama dengannya. Malah lebih parah, isteri yang mengandung, suami yang mengidam teruk.

Nak makan itu, nak makan ini. Isteri pula yang tak larat nak layan.

Situasi sebegini terjadi kerana psikologi di antara suami dan isteri yang sangat kuat. Si suami yang terlalu risau dengan keadaan isterinya sehingga menyebabkan dirinya sendiri dapat merasakan betapa perit sebenarnya isteri yang sedang mengandung. Situasi sebegini dipanggil Couvade Syndrom.

Sindrom ini dialami oleh suami ketika tubuhnya stress atau tertekan dengan keselamatan isterinya yang menyebabkan dirinya mengalami:

1. Masalah panik yang melampau.

Seorang suami yang over protective terhadap isterinya akan sentiasa mengalami masalah panik yang melampau sehingga dirinya menjadi mual dan muntah-muntah. Situasi sebegini sebenarnya nampak normal bagi segelintir kaum wanita, kerana ia bukan sahaja disebabkan ‘morning sickness’ tapi sebab tak jaga makan. Angin masuk satu badan.

Tetapi sekiranya ini yang terjadi pada kaum suami ketika isterinya hamil adalah disebabkan tubuh badannya mengalami tekanan yang melampau. Mungkin risau sangat pada isteri kesayangannya. Padahal isterinya okay je.

2. Mood swings.

Suami juga akan merasakan dirinya terlebih sensitif, punca daripada masalah panik yang melampau. Isterinya mood swings, dirinya juga akan menjadi mood swing. Perubahan mood yang dialami oleh suami akan menjadikan dirinya terlebih tertekan berbanding dengan kaum wanita. Oleh sebab itu, sekiranya terlihat suami mood swing, jangan buat mereka menjadi lebih stress.

Bagaikan mengejut harimau yang sedang tidur.

3. Berat badan yang semakin meningkat.

Kaum wanita kalau stress mesti nak makan. Begitu juga dengan suami yang mengalami panik melampau kemudian dengan mood swing. Oleh kerana itu, tiba-tiba sahaja mereka mengidam nak makan makanan yang tak pernah dimakan. Makanan kegemaran isterinya juga tiba-tiba menjadi kegemarannya sendiri. Lantas, berat badannya juga mudah naik, perut pun boroi. Sama-sama mengandung dengan isteri.

4. Sakit-sakit badan.

Si suami juga akan berasa sakit seluruh badan, dan menjadi sengal pada tempat yang sama seperti isterinya yang sedang hamil. Mungkin di bahagian belakang badan, pinggang, peha atau buku lali. Lelaki jarang mengalami sakit-sakit badan ini kerana mempunyai hormon yang berbeza dengan wanita. Namun, disebabkan psikologi yang kuat antara suami isteri, ia bagaikan synchronize. Sama-sama alami pada tempat yang sama.

5. Sukar untuk tidur malam.

Disebabkan terlalu risau dan bimbang dengan keselamatan isterinya, si suami juga sukar untuk tidur malam. Isteri tak dapat tidur malam, suaminya juga turut begitu. Apabila kitaran tidur berubah, ini yang menyebabkan si suami juga mual dan muntah-muntah. Bila dah kurang rehat, pasti badan menjadi stress. Jadi, hati-hati!

Namun, sindrom ini hanya terjadi pada waktu-waktu tertentu sahaja tidaklah sepanjang hari. Akan tetapi ada juga segelintir suami yang terpaksa menghadapi sindrom ini sepanjang isterinya sedang mengandung.

Alamak!

Jadi, sebagai pasangan suami isteri yang saling melengkapi, cuba untuk memberi ketenangan antara satu sama lain, supaya suami dapat menolong dan melindungi ketika isterinya sedang hamil.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen