Apabila Sudah Berkahwin, Para Isteri Perlu Tahu Antara Bahasa ‘Pelik’ Suami Ini.

 

Jika lelaki merasakan kaum wanita mempunyai banyak bahasa kiasan yang sukar untuk difahami, lelaki juga apa kurangnya. Lebih-lebih lagi selepas berkahwin. Setelah berumah tangga, kebiasaannya sikap pasangan suami isteri mula berubah kerana cuba untuk mengadaptasi diri dengan kehidupan baru. Disinilah pasangan merasakan, kenapa sikap masing-masing berubah, padahal sebenarnya cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Sebab tu ramai yang mengatakan kita hanya mengenali seseorang apabila setelah berkahwin sahaja.

Namun, kebanyakan bahasa pelik suami dapat ditafsirkan oleh para isteri kerana kaum wanita lebih memahami bahasa tersirat berbanding lelaki. Antara bahasa pelik para suami adalah:

1. “Awak ni tak nak pun ucap terima kasih, bila saya dah tolong…”

Dalam rumah tangga, apabila si isteri cuba belajar untuk memasak supaya hati suami terpikat, pasti si suami sedaya upaya untuk memuji. Namun, ada juga segelintir daripada suami akan mendiamkan diri dan hanya senyum sahaja tanpa memuji atau mengungkap terima kasih.

Akan tetapi, apabila si isteri memerlukan pertolongan dari suami, dan lantas suami melakukan kerja tersebut asyik merengus sahaja. Kemudian ‘angin’ satu badan sebab tak terima sebarang ungkapan ‘Terima Kasih’ dari isteri.

Habis tu macam mana, dah isteri masak pun tak nak beri kata-kata semangat, lepastu harapkan isteri beri lebih pula.

2. “Tak puas makan laaa…tak kenyang…”

Ada juga sebahagian suami apabila sudah meluangkan masa lepak bersama rakan, pasti mahu merasa air tangan isterinya juga, malah menyuruh isterinya masak makanan kegemarannya.

“Eh…bukan tadi abang dah makan ke dengan kawan?”


3. “Eh…awak kan selalu jumpa je barang, kenapa sekarang tak jumpa pula?”

Sering juga kita dengar, si suami pasti sukar untuk mencari barang seperti baju, stoking, seluar kegemarannya, atau barang dapur yang telah disimpan. Tapi, bila isteri cari tak sampai satu minit dah jumpa.

Akan tetapi, bila isterinya tidak tahu dimana sesuatu barang yang disimpan olehnya, pasti isteri dimarahi.

4. " Apa yang awak penat sangat? Buat apa hari ni?" 

Suami akan merasakan dirinya sebagai orang yang hebat setelah melakukan urusan rumah tangga termasuklah menjaga anak-anak. Segala penat lelah diceritakan pada isterinya. Akan tetapi apabila isteri penat menguruskan rumah tangga dan meluahkan perasaan penat, si suami pasti akan menyoal "Apa yang penat sangat?" Hmmmm... celaru fikiran si isteri.

5. “Jangan lupa solat di awal waktu…”

Kadang-kala ada juga suami yang sentiasa menasihati dan ingatkan isterinya untuk solat di awal waktu. Namun, apabila si isteri mahu solat berjemaah atau menasihati mereka untuk solat di awal waktu, ada sahaja alasannya. Sebagai isteri pastilah tidak mahu membantah, kerana takut suami marah atau penat kan? Sebab tu tak ada leteran dari si isteri.

Kesimpulannya, bahasa kiasan atau bahasa pelik suami isteri ini menjadi lumrah dalam perkahwinan. Namun, jadilah pasangan suami isteri yang saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Dalam perkahwinan perlu ada Give & Take dan perlu seimbang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,642 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen