Mama Yang Cool Akan Menjadikan Anak Lebih Happy Dan Tenang Untuk Ke Sekolah.

 

Ibu bapa mana yang tidak teruja melihat anak-anak mereka bersiap untuk ke sekolah pada hari pertama persekolahan mereka. Nak-nak lagi ini adalah pengalaman pertama ibu bapa tersebut. Pastilah rasa begitu teruja untuk mengurus dan menghantar anak ke sekolah dan berharap mereka ini mendapat manfaat daripada persekolahan tersebut.

Namun begitu, ada sahaja ibu bapa yang risau jika anak-anak mereka ini tidak mampu untuk menyesuaikan diri mereka dengan baik. Apa yang ibu bapa risaukan adalah mereka ini akan menangis sepanjang hari di sekolah nanti, tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan yang lain, anak merengek mahu ibu bapanya teman sepanjang hari pertama tersebut dan pelbagai lagi lah.

Jadi apa yang harus ibu bapa lakukan jika anak-anak mengalami perkara sebegini? Mungkin perkongsian daripada Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini dapat membantu ibu bapa di luar sana.



Tip Anak Happy Mama Cool di hari pertama di tadika.

Seperti yang dijanjikan ini tip untuk anda yang pertama kali anak bersekolah tadika. Terima kasih di atas maklum balas anda yang mahukan tip ini. Mesti berdebar kan? Dan super excited bila anak nak sekolah.

Tak sangka dulu dia baby, sekarang dah masuk tadika. Macamana kita dapat bantu anak kita supaya nanti anak yang menangis akan happy dan mama yang berdebar akan cool.

Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika

1. Set Minda.

Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.

2. Konsisten dan sabar.

Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.

Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.

Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.

Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.

Jadi bersabarlah.

3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.

Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.

4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.

5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.

6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.

Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.

Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.

                           

Nota: Jika anak anda menangis berterusan atau anda terlalu bimbang, terdapat tanda anak kemurungan atau stress bila bersekolah, rujuklah kepada pengetua dan yang lebih pakar. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ASD/ADHD dan sebagainya, consult dulu dengan doktor dan OT. Pihak sekolah perlu tahu keadaan anak anda.

Biasanya anak istimewa yang bersekolah biasa adalah kerana ianya salah satu terapi mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Bagi ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka mungkin ASD dan sebagainya, pasti mengharapkan pihak sekolah untuk alert dan aware. Jadi, para pendidik awal kanak-kanak perlu tahu apakah tanda atau kelakuan anak istimewa ini. Pada saya wajib tadika untuk bekerjasama dengan mana-mana OT sebagai tempat rujuk.

Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen