“Keikhlasan Seorang Isteri, Yang Suami Sering Terlepas Pandang…” Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Sukarnya menjadi seorang suami apabila, situasinya yang sentiasa tersepit. Kalau isteri merajuk nak kena pujuk tak ni? Kalau pujuk, kena marah. Kalau tak pujuk, lagi la kena marah. Dan ramai juga para suami beranggapan, kenapa isterinya selepas berkahwin, sikapnya berubah sehingga terlepas pandang dengan keikhlasan isterinya sendiri.

Kenapa terjadinya situasi sebegini? Jom ikuti kisah dari saudara Mizan Dzai

********

Zaman sekarang ramai yang kita tengok kahwin awal, kahwin muda.

Elok, siapa kata tak elok cuma bila kahwin di usia muda ni banyak cabarannya terutama dari segi kewangan yang belum cukup stabil. Baik suami, baik isteri kena bersedia untuk tempoh 5 tahun pertama yang kritikal. Kita semestinya diuji dengan kewangan, persefahaman, kejujuran dan bermacam lagi.

Suami atau isteri kena faham dan sukarela jalankan tugas dan peranan masing-masing. Suami cari rezeki dan kadang isteri pun bantu cari rezeki dengan bekerja. Bila balik rumah, jangan nak ungkit-ungkit siapa lagi penat sebab yang jadi mangsa nanti anak-anak. Lagi-lagi baru habis cuti panjang ni, mood tengah elok tu jagalah.

Kita bila balik rumah nanti, berkasih sayanglah balik. Berkasih sayang ni macam kita cas bateri. Esok siang semangat pergi kerja cari rezeki, balik rumah cas bateri lagi.

Sebab tu rumah adalah syurga dunia. Itulah tempat paling selesa walau kecil atau buruk mana sekalipun.

Hubungan suami isteri ni kita perlu dasari dengan perasaan kasih sayang dan menyenangkan antara satu sama lain serta bantu membantu. Isteri ni pengorbanan dia besar, macam-macam dah dia buat untuk kita. Yang paling besar sekali ialah sakit beranak, cuba kenang balik. Sakit beranak ni umpama 20 tulang rusuk dipatahkan serentak tau?

Kau bayangkan.

Sebab tu beranikan diri teman suri hati kita bila dia nak beranak. Buat checkup ke, jumpa doktor ke. Jangan bagi alasan takut darah, geli ke apa benda. Tengok muka isteri, bagi kata-kata semangat, suruh dia mengucap, pegang tangan dia.

“Terima kasih sayang, terima kasih atas pengorbanan you untuk cinta kita.”

Dulu masa bercinta, masa tengah haram, terkinja-kinja nak pegang nak peluk. Bila dah halal apa nak malu? Isteri ni, walaupun sakit dia sampai macam tu sekali tapi lepas habis bersalin dia takkan pernah serik untuk bersalin lagi. 3 atau 4 orang anak lagi pun dia sanggup.

Memberi zuriat untuk suami adalah satu kebanggaan dan kebahagiaan bagi dia. Istimewanya kaum Hawa ni, Masya Allah. Sebab tu Allah tinggikan darjat wanita. Di muliakan mereka.

Kita yang lelaki, sakit apa paling ngeri dalam hidup kita? Rasanya sunat la yang paling sakit pun. Sanggup kita ulang 3 ke 4 kali lagi?

Itupun kita tak sanggup tau. Masa zaman belum sunat dulu, kulit tersangkut kat zip pun dah melalak macam kena sembelih, terpekik terlolong menjerit minta tolong.

Sebab tu dalam rumahtangga ni, yang pertama kita kena ingat pada Allah. Allah akan bantu kita, dia akan permudahkan segala-galanya. Minta pada Dia untuk jaga rumahtangga kita.

Sebagai suami, jangan kita main lepas je tangan. Bantu satu sama lain. Jangan ingat kita ketua keluarga, kita boleh goyang kaki, anak melalak buat bodoh, isteri macam orang gaji terkejar sana-sini menguruskan anak.

Kalau memang bodoh tak apa.

Ambil tahu masalah anak-anak, masalah isteri. Tanya apa masalah keluarga, apa yang tak cukup dalam rumah. Usaha untuk sediakan secukupnya.

Barang dapur sentiasa kena ada untuk kelangsungan hidup keluarga. Kalau tak cukup, kalau duit tak ada, beritahu isteri. Bincang, semua ada penyelesaian. Tak ada isteri yang biar je suami dia tak ada duit, isteri ni semua dia nak tolong. Semua dia sanggup, betapa ikhlasnya isteri kita ni berpasangan dengan kita. Till Jannah katanya.

Sekali-sekala pergi masjid solat berjemaah, dengar kuliah agama. Balik rumah, sarung la kain pelikat sekejap pergi berjemaah kat surau. Dapat seminggu sekali dua untuk permulaan pun dah Alhamdulillah. Kalau perasan, bila kita balik dari berjemaah ni layanan isteri lain. Sejuk je kita rasa bila sampai rumah. Jangan percaya tak percaya, pergi cuba.

Bila ada ilmu baru yang kita dapat, balik rumah kongsi dengan keluarga. Tak ada yang boleh selamatkan keluarga kita kecuali "Addinul Islam", iaitu cara hidup Islam.

Dan yang terakhir sekali, elakkan kontroversi dalam keluarga, elakkan fitnah. Jangan keluar berdua walaupun dengan kawan sekerja atau sepejabat.

Kau dah tau isteri ni jenis yang susah nak dengar penjelasan, jenis yang tak faham bahasa, yang kau cari penyakit pasal apa? Elakkan la keluar berdua-duaan, kan dah tahu benda tu boleh mendatangkan fitnah dan merosakkan rumahtangga.

Jadi bila kita berumahtangga, kejarlah bahagia hingga ke syurga.

In shaa Allah, mudah-mudahan keluarga kita dapat mencapai sebagai sebuah Keluarga Sakinah. Amin Ya Rabb.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,850 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen