Lelaki Ini Kongsikan 7 Kesan Buruk Bila Suami Tak Ikut Belajar Ilmu Keibubapaan.

 

Selalunya yang rajin menimba ilmu tentang parenting/kekeluargaan/keibubapaan ini adalah golongan wanita yang bakal menjadi isteri. Kaum lelaki kebiasaannya malas membaca kisah rumah tangga kerana mereka beranggapan bakal isteri YANG PERLU ambil tahu berkenaan dengan isu ini, dan semua urusan rumah tangga, HANYA isteri yang lakukan.

Yang lelaki sering rasakan adalah, tanggung jawab dan peranan mereka hanya mencari rezeki di luar dan melindungi rumah sahaja. Yang lain semua isteri yang buat. Jika begitu, besar kesannya dalam rumah tangga nanti sekiranya si suami tak ikut belajar ilmu keibubapaan menurut saudara Taufiq Razif

********

1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga.

  • Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut.
  • Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai.
  • Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan.

2. Suami cenderung gunakan kekerasan dan tengkingan.

  • Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya.
  • Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda 'instant solution' pada masalah anak yang suka meragam.
  • Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!

3. Suami panas baran.

  • Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri.
  • Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling 'fragile' dan lemah ketahanan mindanya!

4. Suami terlupa nak jadi Icon.

  • Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga.
  • Tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya.
  • Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada .isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!

5. Suami lupa jaga bonding dengan anak.

  • Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
  • Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
  • Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!

6. Suami cenderung salahkan si ibu.

  • Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi.
  • Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?.

7. Suami terlalu manjakan anak.

  • Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta.
  • Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan (rejection control).

Percaya… Takkan Jadi Pondan Lelaki Yang Belajar Pasal Anak Anaknya Sendiri.

p/s : Tu lah kenapa, kita kena ajak suami kita belajar ilmu parenting bersama sama. Jangan segan nak ajak suami pergi kelas parenting ke seminar keibubapaan ke.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,461 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen