Kepala Sentiasa Rasa Berat, Mungkin Anda Mengalami Sinus Yang Teruk.

 

Selalunya kita terlalu memandang ringan terhadap sakit kepala ini. Kita selalu menyatakan bahawa kerana cuaca, kurang tidur, terlalu banyak fikir dan macam-macam lagi. Walaupun merasa tidak selesa kerana kesakitan yang dirasai itu, ramai sahaja yang mengambil jalan mudah dengan membuat pilih untuk memakan ubat seperti Panadol mahun pain killer yang dibeli dari farmasi sahaja.

Tapi bagaimana pula jika kita ini terlalu kerap sakit kepala, malah ia berlaku dengan kerap dan berlanjutan. Sebenarnya, sakit kepala yang kerap dan berlanjutan ini adalah penanda bahawa terdapat gangguan pada sistem tubuh badan anda yang lain.



Menurut Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih, sakit kepala yang kerap itu adalah salah satu tanda bahawa terdapat masalah resdung dan sinusitis yang serius.

                           

Gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidap penyakit sinus yang teruka adalah seperti berikut.

i. Kepala anda rasa berat.

ii. Rasa sakit pada kawasan dahi dan muka.

iii. Lebih terasa ketika tunduk.

iv. Anda ada masalah kerap selsema, hidung tersumbat dan berair.

Dalam erti kata lain, rongga sinus terutamanya pada bahagian ‘frontal sinus’ atau dahi, yang telah dijangkiti dan terdapat pengumpulan nanah adalah berbahaya kerana ia boleh merebak ke bahagian otak.

Langkah yang perlu diambil oleh mereka yang disyaki mmenghidap penyakit ini adalah dapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan hidung perlu dilakukan. Ujian imbasan seperti x-ray dan skan mungkin diperlukan.


Jika anda tidak melakukan pemeriksaan, komplikasi lebih buruk boleh berlaku. Jangkitan pada sinus boleh merebak ke bahagian lain termasuk otak!

                           

Beberapa tanda jangkitan telah merebak ke otak :

1. Pening teramat sangat.

2. Kabur dan gangguan pandangan.

3. Tegang pada belakang leher.

4. Gangguan pada pertuturan.

5. Muntah-muntah.

6. Tahap kesedaran berkurang.

7. Serangan sawan.

8. Demam panas.

Jika keadaan ini berlaku kepada orang yang anda sayang, jumpa kami segera. Anda akan dibantu.

                              

Lihat bagaimana jangkitan dan pengumpulan nanah pada rongga sinus terutama bahagian ‘frontal sinus’ (di bahagian dahi) boleh merebak ke bahagian otak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen