Pentingnya Untuk Hidup Bahagia Bersama Keluarga Tersayang! Jom Ikuti 5 Tips Ini.

 

Jika sihat gaya hidup anda bersama keluarga, maka secara tidak langsung diri anda juga menjadi seorang yang positif dan sentiasa berlapang dada.

Pentingnya di sekitar rumah kerana ia bakal mempengaruhi minda kita, bagaimana untuk bersosial dengan orang ramai. Oleh kerana itu, ia perlu dimulakan dengan ibu bapa di dalam rumah. Sebagai pasangan suami isteri dan bakal menjadi ibu bapa, luangkan lah masa bersama anak-anak supaya dapat mengeratkan hubungan seperti…

1. Luangkan Waktu Untuk Ke Gym.

Jaga dan sayangi tubuh anda. Jaga pola pemakanan anda, perbanyakkan pengambilan makanan segar termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan gandum. Ia akan menyihatkan tubuh dengan menghasilkan energi yang bersemangat dan sihat.

Selain itu, luangkan waktu untuk ke gym. Jika anak anda masih terlalu kecil, carilah tempat gym yang menyediakan kemudahan untuk menjaga anak seketika atau mintalah bantuan saudara mara dan sebagainya.

2. Beli Peralatan Senaman.

Jika anda tidak suka meninggalkan anak anda di bawah jagaan orang lain, tidak ada salahnya jika anda asingkan sebahagian wang untuk membeli peralatan senaman. Misalnya ‘treadmill’ atau tali skipping. Anda boleh bersenam sebentar ketika anak anda ke sekolah atau sedang tidur di siang hari. Sekiranya anak anda sudah besar, elok juga jika anda ajak dia bersama-sama anda melakukan senaman.

3. Tidur Siang.

Setelah mempunyai anak, anda pasti akan menjadi lebih penat. Jangan lupa untuk luangkan sedikit masa untuk tidur sejenak pada siang hari bagi mengembalikan semangat dan kesegaran tubuh anda dalam mencapai hidup bahagia. Ketika anak-anak ke sekolah atau sedang tidur di siang hari, ada baiknya anda gunakan kesempatan tersebut untuk berehat.

4. Masak Makanan Yang Sihat.

Perkenalkan anak-anak pada makanan sihat sejak dari kecil lagi. Beri dan ajarkan mereka untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari. Jangan lupa juga sediakan sarapan yang penuh khasiat seperti oatmeal buat mereka. Hindari junk food yang boleh merosakkan sistem ketahanan tubuh serta kesegaran tubuh .

5. Lepaskan Emosi Negatif.

Duduklah dengan selesa, hirup dan hembuskan nafas yang panjang dengan lambat. Ketika anda mengeluarkan nafas, bayangkan anda telah melepaskan semua emosi negatif seperti marah, dendam, sakit hati dan sebagainya itu.

Ketika anda menarik nafas, bayangkan anda sedang menghirup kualiti positif yang memberikan ketenangan, keberanian dan kemahuan. Lanjutkan aktiviti ini selama beberapa minit. Dengan senaman ini, anda akan menjadi lebih mudah untuk melepaskan perasaan negatif.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen