Kaedah Pembayaran Hutang Terhadap Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia.

 

Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang dalam surah Al-Baqarah, ayat 282. Dan membayar hutang adalah perkara yang penting ketika kita masih hidup ini. Bahkan ia juga sangat penting untuk anda membayar hutang ketika orang yang memberi pinjam itu masih hidup lagi. Jika sudah tiada, pasti teramat sukar untuk anda membayar semula hutang yang telah dibuat.

Namun begitu, ada sesetengah keadaan di mana anda meminjam wang terhadap seseorang, tapi ketika masih belum lagi selesai anda membuat bayaran semula hutang itu, peminjam tersebut telah meninggal dunia. Jadi dengan siapa harus anda membayar hutang tersebut? ataupun hutang itu akan terbiar tanpa diselesaikan? Mari ikuti soal jawab ini untuk ketahui penjelasan yang jelas.



Soalan:

Saya (lelaki) ada meminjam sejumlah wang daripada arwah saya semasa dia masih hidup. Namun belum sempat saya membayar hutang secara penuh, ayah saya sudah meninggal dunia. Apakah kaedah terbaik untuk saya langsaikan hutang itu? Saya masih memiliki ibu, dua orang kakak dan dua abang. Bolehkah saya setiap bulan infaqkan, atau waqafkan duit pada mana-mana badan kebajikan atau sesiapa sahaja atas niat untuk membayar hutang ayah saya itu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menurut hukum pembahagian harta pusaka di dalam Islam, hutang orang lain terhadap orang yang meninggal dunia adalah termasuk dalam definisi harta pusaka. Ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada jenis harta, hak dan manfaat.Hutang adalah harta si mati yang dipinjam dan wajib diberikan kepada ahli waris sebagai harta pusaka kerana pemilikian si mati sudah beralih kepada para waris.

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/344-347)

Apabila peminjam itu sendiri adalah ahli waris maka keadaannya terbahagi kepada tiga:

1. Hutang tersebut dianggap selesai jika ahli waris yang berhutang itu tersebut mewarisi sepenuhnya hutang tersebut.

2. Hutang tersebut dianggap selesai pada bahagian yang diterima oleh ahli waris yang berhutang itu.

3. Hutang itu dihalalkan oleh para waris lain.


Sebelum kami jelaskan kedua-dua keadaan diatas, eloklah kita mengetahui pembahagian faraidnya terdahulu (digunakan contoh RM10,000.00).

                          

Keadaan Pertama: Hutang tersebut dianggap selesai jika ahli waris yang berhutang itu tersebut mewarisi sepenuhnya hutang tersebut.

Sekiranya hutang waris lelaki itu dengan bapanya ialah RM2187.50 ke bawah, maka dia tidak perlu membayar apa-apa kepada waris-waris yang lain kerana pemilikan si mati sudah beralih kepada para waris selepas kematian dan penghutang tersebut adalah salah seorang daripada warisnya. Justeru, bahagian si penghutang itu boleh digunakan untuk melangsaikan hutang anak lelaki itu kepada ayahnya.

Hutang tersebut hanya dianggap selesai pada bahagian yang diterima oleh ahli waris yang berhutang itu.
Sekiranya hutang waris lelaki yang bertanya itu kepada bapanya ialah atas daripada jumlah RM2187.50, seperti RM3000.00, maka hendaklah ditolak jumlah hutang itu dengan bahagian waris terbabit dan baki hutang itu dibahagikan kepada para waris yang lain mengikut kiraan faraid.

Hutang itu dihalalkan oleh para waris yang lain.

Harus di dalam Hukum Syarak untuk para waris melakukan takharuj dalam pembahagian harta pusaka. Rujuk al-Mu`tamad (5/513). Dalam konteks kes di atas, harus bagi para waris untuk melakukan sulh dengan melepaskan tuntutan pada hutang waris lelaki terbabit dengan bapanya. Dalam bahasa mudahnya, waris-waris yang lain menghalalkan sahaja hutang itu. Ini dibenarkan kerana bahagian faraid itu adalah hak para waris yang boleh diambil atau dilepaskan.

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada yang bertanya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,753 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen