Menggunakan Wang Biasiswa Untuk Melangsungkan Majlis Perkahwinan, Boleh Ke?

 

Setiap orang jodohnya berlainan, ada yang datang awal dan ada yang lambat. Ada juga jodohnya datang ketika dia masih belum mempunyai pendapatan yang tetap bahkan masih belum tamat pengajiannya. Bergantung pada masa dan jodoh masing-masing. namun begitu, bagi mereka yang masih belum mempunyai perkerjaan tetap dan masih belajar lagi, bagaimana hendak langsungkan majlis perkahwinan? Boleh ke kalau mereka ini menggunakan wang biasiswa yang ada itu untuk melangsungkan majlis tersebut? Mari ikuti soal jawab ini dan fahami penjelasannya.



Soalan:

Assalamualaikum Ustaz..

Nama saya syafiq,seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan. Bolehkah saya menggunakan duit yang diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan? Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?
Mohon pencerahan daripada ustaz.

Jawapan:

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin.


Pun begitu, perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya. Ini berdasarkan hadis nabi :-


الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إِلا شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا، أَوْ حَرَّمَ حَلاَلاً

Ertinya : Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ( Riwayat Abu Daud)


Dan juga firman Allah :


يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Ertinya : Wahai orang yang beriman, tunaikanlah kontrak-kontrak kamu ( Al-Maidah : 1)


Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Sekian.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen