Larangan Merokok Di Premis Telah Berkuat Kuasa 1 Januari Lalu.

 

Ada diantara kita mendapat pasangan yang suka menghisap rokok dan agak sukar untuk membuat mereka berpisah dengan rokok tersebut. walaupun telah ditegah dan minta untuk berhenti merokok pasti ada sahaja alasannya.

Namun kini, mungkin anda boleh menjadi salah seorang yang membantunya untuk mengurangkan tabiat merokok dengan bantuan peraturan baru yang telah berkuat kuasa.



Seperti yang kita tahu larangan merokok di permis makanan kini telah mula berkuat kuasa. Di mana, semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Januari 2019, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).

Ia bertujuan melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok. Peraturan ini juga melibatkan semua premis tidak kiralah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin, atau berkonsep terbuka (open air).


                       

                       

                       


Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok.

                     

Denda Langgar Larangan Merokok Di Tempat Makan:

1. Perokok: Maksima RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

2. Pemilik premis makanan yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok: Denda maksima RM3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

3. Pemilik premis yg gagal memastikan orang tidak merokok: Denda maksima RM5,000 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun.

Jika anda terlihat mana-mana kedai makan atau restoran yang tidak mengikuti peraturan, jangan teragak-agak untuk membuat aduan mengenai kedai berkenaan.

Jangan lupa untuk menyimpan nombor berkenaan di telefon bimbit anda agar memudahkan anda membuat aduan. Sektor Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC :
03-8892 4530
Isnin hingga Jumaat,
Masa : 8 pagi hingga 5petang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen