Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Seorang Yang ‘Kaya’ Walaupun Bergaji Kecil.

 

Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi kaya, kan? Lebih-lebih lagi kaya dengan duit dan harta, pasti akan disanjungi dan dipandang lebih tinggi. Namun, ianya hanyalah angan-angan sahaja. Akan tetapi, ada juga diantara kita tidak mahu mengejar duit dan harta kerana ia duniawi semata-mata. Jadi, adakah dengan pemikiran sebegini membuatkan mereka menjadi miskin?

Adakah orang yang bergaji kecil adalah seorang yang miskin?

Adakah mereka yang bergaji besar itu menandakan mereka adalah seorang yang kaya?

Duit dan harta semata-mata bukanlah pengukur kekayaan seseorang seratus peratus. Sebagai seorang muslim, kekayaan haruslah diukur melalui matlamat dan gaya hidup baru seimbang antara duniawi dan akhirat.

Antara tanda-tanda anda sebenarnya seorang yang ‘kaya’ walaupun bergaji kecil adalah:

1. Anda mula bekerja keras mencari kaedah untuk bebas daripada hutang dan kewangan.

Mulakan perancangan dengan lebih awal, untuk dapatkan keuntungan dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi. Bukan nak hidup selesa sementara sahaja, dapat gaji bulan ni, nak selesa untuk bulan itu sahaja. Malah bukan juga dapat gaji hari ni, habis belanja untuk satu hari.

Anda bekerja keras daripada sekarang, dan mahukan keselesaan pada jangka masa panjang.

2. Anda berhati-hati menggunakan kad kredit.

Anda bukan berfikiran dengan menggunakan kad kredit adalah seorang yang ‘miskin’, tetapi anda tahu mana hutang baik dan hutang jahat. Malah anda menggunakan kad kredit dan membuat bayaran penuh, bukannya menambah hutang lagi setelah selesai satu hutang.

Kalau berhutang dan taknak bayar tu, malah sering tertangguh, itu memang pemikiran orang ‘miskin’.

3. Tidak berfikiran buruk terhadap pelaburan.

“Taknak lah melabur, takut nanti rugi…”

Oleh kerana itu pentingnya ilmu melabur. Pelaburan ada 3 strategi konservatif, sederhana dan agresif. Ada 3 risiko, rendah, sederhana, tinggi. Ada 4 aset untuk dilabur iaitu, wang tunai, ekuiti, asset fizikal atau pendapatan tetap.

Risiko rendah, pulangan pun rendah iaitu menggunakan wang tunai. Tapi yang penting kalau nak melabur, kena berdisiplin dalam menyimpan wang.

Kalau tak rajin nak simpan, tak jadi pelaburan anda!

Kalau tak berani ambil peluang dan risiko, tiadalah pulangan!

4. Sangat bermotivasi dan tidak mudah kalah.

Terutamanya pada mereka yang memiliki perniagaan. Perniagaan memang perlu kesabaran yang tinggi, kerana bukannya setiap hari ada orang nak datang beli. Bukannya setiap bulan dapat keuntungan. Bukannya setiap tahun, dapat pulangan besar. Korban apa sahaja barang di rumah untuk dijual, semata-mata untuk kesenangan ketika berniaga, dan juga masa akan datang.

Anda juga bukannya seorang yang banyak alasan “Tak boleh laaa…” “Alaa…lambatnya nak dapat untung…” “Tak boleh la, tak kuat nak compete…”

Tetapi anda menyahut segala cabaran dan mahu belajar sesuatu yang baru.

Selain daripada itu anda juga adalah seorang yang;

  • Jarang Pakai Barang Branded.
  • Elak Kumpul Hutang.
  • Bina Pendapatan Kedua.
  • Makan Luar Cuma Sekali-sekala.
  • Sentiasa Dahagakan Ilmu.
  • Rangka Pelan Persaraan Sejak Awal.
  • Simpan Dulu, Baru Belanja.

Jadi, Adakah Anda Memiliki Tanda-Tanda Seperti Di Atas?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen