Anak Muda Memang Digalakkan Untuk Melabur, Tetapi Ketahui 4 Risiko Ini Dahulu.

 

Pada masa kini, anak muda mula diberi kesedaran dan didedahkan dengan pelaburan, kerana pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan. Pentingnya kesedaran ekonomi dalam diri kerana ia adalah salah satu perkara asas dalam kehidupan kita. Apabila kesedaran ini diperluaskan, tidak hairan suatu hari nanti ramai sahaja anak muda mula bijak mengenai dengan isu ini.

Nak berkahwin pun, perlu ada asas pelaburan, supaya perbelanjaan keluarga terjamin untuk jangka masa yang panjang. Namun, sebelum ingin melabur, perlu ketahui dahulu 4 risiko ini…

1. Kenal Pasti Profil Risiko Anda.

Untuk melihat tahap risiko yang anda mampu untuk melabur adalah dengan melalui 3 kategori asas iaitu konservatif, sederhana atau agresif. Profil risiko anda akan ditentukan dengan peruntukan pelaburan yang sesuai dengan jiwa.

Untuk mereka yang konservatif, tidak sesuai terus melabur di pasaran saham, tetapi lebih baik melabur dalam deposit teap dan dana unit amanah. Anda seharusnya mendapatkan bantuan daripada perancang kewangan yang professional, jika tidak mahir dan mereka akan melihat portfolio pelaburan yang sesuai.

2. Memahami Perbezaan Di Antara ‘Selera’ Dan ‘Toleransi’.

Jika anda adalah amateur atau baru berjinak-jinak dalam bidang pelaburan, jangan terlalu yakin anda adalah seorang pelabur yang agresif, nanti risiko yang anda hadapi adalah besar, dan takut mengalami kerugian yang melampau. Tidak salah menjadi pelabur yang konservatif terdahulu, risiko pun rendah.

Oleh sebab itu anda perlu ketahui dan kenali diri anda sendiri terlebih dahulu. Jangan melabur ikut sedap ‘selera’ anda sahaja, terlalu mengikutkan nafsu kata orang.

Dalam konteks pelaburan, sebagai contoh, pelabur telah menunjukkan bahawa mereka selesa dengan turun naik pasaran. Walau bagaimanapun, daripada memegang saham untuk jangka masa panjang apabila harga menurun dan setia sambil mengharungi turun naik pasaran, pelabur menjadi gelisah dan cepat-cepat menjual saham, mengakibatkan kerugian segera dan besar.

3. Ketahui Kelas Aset Pelaburan.

  • Wang Tunai: Kelas ini mempunyai risiko paling rendah dan juga pulangan terendah. Contohnya termasuk wang dalam akaun simpanan anda, dana pasaran wang, dompet dalam talian, dan juga simpan di bawah tilam anda!
  • Ekuiti: Ini mewakili pemilikan dalam perniagaan. Contohnya saham. Ia adalah kelas aset yang berisiko tinggi kerana sifat tidak menentu pasaran saham.
  • Pendapatan Tetap: Meminjamkan wang kepada syarikat atau kerajaan untuk mendapatkan faedah. Contohnya termasuk bon dan deposit tetap. Mereka menawarkan pulangan yang lebih baik daripada wang tunai, tetapi ada juga risikonya.
  • Aset Fizikal: Contoh termasuk hartanah, komoditi sumber asli dan logam berharga seperti emas. Melabur dalam hartanah seperti pejabat atau apartmen boleh memberi anda pulangan yang baik melalui pendapatan sewa dan peningkatan nilai hartanah, tetapi kos permulaan adalah tinggi.

Mengetahui kelas aset ini akan membantu dalam menentukan di mana untuk melabur, bergantung kepada toleransi risiko dan juga jangkaan pertumbuhan.

4. Belajar Pengurusan Risiko.

Dan yang paling penting adalah, cara anda menguruskan portfolio risiko anda semasa melabur melalui 3 strategi iaitu diversifikasi, melabur secara konsisten dan melabur dalam jangka masa yang lama.

Menjadi anak muda yang baru berjinak-jinak untuk melabur, belajar untuk meletakkan wang anda pada banyak tempat, dan bukannya aset tunggal. Dimana secara tidak langsung, anda juga mula menyebarkan risiko anda daripada rendah kepada tinggi. Sekiranya, pelaburan pada risiko tinggi anda mengalami kerugian, anda masih ada lagi jaminan pada pelaburan yang berisiko rendah.

Tak adalah semua pelaburan anda menjadi lebur.

Portfolio pelaburan haruslah mempertimbangkan beberapa faktor seperti umur, toleransi terhadap risiko, matlamat kewangan dan tempoh pelaburan. Semua faktor saling berkaitan. Pelabur jangka panjang lebih baik untuk membuat pelaburan yang lebih berisiko kerana mereka boleh bertahan daripada sebarang potensi kerugian dari semasa ke semasa.

Nasihat ini terutamanya kepada pelabur muda yang mampu mengambil risiko lebih tinggi kerana masa lebih berpihak kepada mereka. Apabila seseorang telah meningkat umurnya, disyorkan untuk mengurangkan risiko secara beransur-ansur.

Oleh itu, amatlat penting untuk kita fahami toleransi risiko bagi memastikan pulangan pelaburan yang stabil tanpa menjejaskan kepentingan kewangan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen