Kematian, Lumpuh Serta Kecacatan Kekal Akibat Proses Pengambilan Air Tulang Belakang Ini Tidak Akan Berlaku.

 

Lumbar Puncture (LP) atau nama biasanyanya ialah proses pengambilan air tulang belakang adalah perkara yang sangat ditakuti oleh ibu bapa. Hal ini kerana, pelbagai tanggapan negatif mereka terhadap proses ini. Bukan salah mereka, tetapi mereka ini telah dimomokkan dengan pelbagai cerita yang tidak betul dan bukannya dari seorang yang pakar dalam bidang ini. Sebab itulah banyak ibu bapa tidak akan membenarkan anak-anak mereka menjalani proses ini sekiranya doktor menyarankan mereka untuk lakukan ini.



                           

"Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang, nanti anak lumpuh"

"Jiran saya anak demam, ambil air tulang belakang, terus kaki lembik. Jalan tempang"

"Jangan bagi ambil air tulang belakang, air tulang belakang ni tiada ganti."

Pelbagai perkara negatif yang begitu menakutkan disebarkan oleh mereka-mereka yang bukan dalam bidang kuasa ini. Maka ramai yang memilih untuk membawa anak-anak mereka pulang dan menjalani perubatan tradisional berbanding melalui perubatan dengan doktor yang bertauliah. Menurut Bel Nawhen, yang merupakan seorang jururawat, antara mitos yang sering diperkatakan pesakit boleh mengalami kecacatan ataupun boleh menyebabkan lumpuh.

1) Banyak #MITOS mengatakan procedure Lumbar Puncture (LP) menjadi punca lumpuh dan kecacatan pada sesetengah individu atau kanak-kanak.

2) LP merupakan procedure mengambil AIR tulang belakang bagi mengenal pasti penyakit pada otak dalam kalangan pesakit semua peringkat usia.

3) Mitos ini sedikit sebanyak menjadi sebab utama kepada halangan untuk pegawai perubatan mengenal pasti penyakit dan memberikan rawatn yang sewajarnya

4) LP mengambil kira memilih bahagian HUJUNG tulang belakang kerana di situ kawasan yang paling selamat dan jauh dari saraf tunjang. Kaedah ini SELAMAT untuk bayi baru lahir hinggalah kepada individu berusia.

                        

Cerebro spinal fluid.

• Anda harus tahu, CSF (Cerebro Spinal Fluid) merupakan cecair yang mengalir sepanjang sistem otak dan saraf tunjang.

• Prosedur LP TIDAK akan mengurangkan kandungan CSF dalam otak atau badan pesakit kerana cecair berkenaan sentiasa dihasilkan secara semula jadi

• Keadaan CSF akan berada dalam keadaan tidak normal jika ada beberapa penyakit otak dan saraf.

• CSF diambil untuk untuk mengenal pasti pelbagai sel kuman, sel darah putih, darah merah dan protein.


Doktor ikut suka buat LP?

Procedure ini TIDAK dilakukan sewenang-wenangnya kepada semua pesakit.

Pakar hanya akan melakukannya terhadap pesakit tertentu selepas menimbangkan risiko serta kepentingannya.
LP hanyalah antara prosedur yang harus dilakukan untuk merawat pesakit yang disyaki mengalami jangkitan otak dan bukan penyebab kepada komplikasi penyakit otak atau saraf berkenaan.

Tujuan utama LP.

1) Untuk mengenal pasti jangkitan kuman di dalam otak yang dikenali sebagai meningitis atau encephalitis.

2) Kedua-dua jangkitan di dalam otak ini adalah SANGAT bahaya dan harus dikenal pasti menerusi prosedur LP secepat mungkin.

3) Jika jangkitan berada pada tahap serius dan lambat diberi rawatan, jangkitan boleh merebak dengan cepat dan berisiko MERAGUT NYAWA.

4) Prosedur LP ini juga dilakukan bertujuan mengenal pasti sel barah di otak serta penyakit saraf seperti `Multiple Sclerosis' atau `Guillain-Barre Syndrome'.

Melalui procedure ini, doktor dapat mengenal pasti jenis kuman serta apakah penyakit serta antibiotik paling sesuai untuk melawan kuman berkenaan. Kaedah ini memudahkan doktor mengenal pasti jangkitan kuman dalam otak pesakit.

Doktor cucuk buta-buta?

• Kebiasaannya pesakit akan diberi ubat pelali bagi mengelak sebarang kesakitan dan pergerakan.

• Ia juga seperti prosedur mengambil darah menggunakan jarum halus, tanpa meninggalkan sebarang parut atau lubang pun.

• Prosedur ini tidak mengambil masa yang lama dan hanya dilakukan di dalam bilik prosedur hospital dengan persekitaran yang bersih ataupun dikatil pesakit, dan mengikut aseptik teknik yang betul.

• Sebelum memulakan prosedur, pesakit baring secara mengiring, kaki dan badannya dibengkokkan sedikit.

• LP mesti dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih atau pakar perubatan kerana ia membabitkan prosedur suntikan dengan memasukkan satu jarum halus di hujung tulang belakang.

• Jarum TIDAK akan terkena pada tulang atau saraf tunjang, hanya berada di kawasan cecair pada saraf tunjang.

Bagaimana ambil air tulang belakang?

• Cecair CSF akan dibiarkan mengalir keluar secara sedikit dan perlahan-lahan untuk dikumpulkan samplenye.

• Jumlah CSF ini yang diambil pula dalam jumlah yang sedikit, kemudian dimasukkan dalam tiga hingga lima tiub berasingan yang mana masing-masing mempunyai tujuan ujian yang berbeza

• Sampel air tulang belakang ini dikumpul di dalam bekas steril (suci hama) sebelum dihantar terus ke makmal perubatan.

                           

"Doktor ni nak jadikan anak kau ujikaji. Bukannya nak merawat"

"Doktor buat keputusan macam tu tak bincang dengan keluarga nenek saya. Main redah je"

SALAH!

Sebelum memulakan prosedur LP, pakar akan mengadakan sesi kaunseling bersama ibu bapa atau waris pesakit untuk memberi penerangan mengenai prosedur berkenaan dan mendapatkan keizinan daripada mereka.

Pada masa sama pula, keluarga pesakit dibenarkan mendapatkan rujukan tambahan (second opinion) daripada pakar lain mengenainya tetapi BUKAN melalui netizen di facebook atau twitter dimana pencanggahan pendapat boleh didapati, bukannya kata putus kerana tidak semua netizen berlatar belakang kakitangan kesihatan.

Waris harus ingat, keizinan daripada pihak waris tidak harus dilengahkan bagi membolehkan prosedur dilakukan secepat mungkin dan rawatan dilaksanakan segera.

Tidak ada komplikasi?

Setiap apa procedure yang dilakukan mestilah ada komplikasi. Macam juga naik motor, bukan gerenti tidak mengalami kemalangan bukan? Cara nak meminimumkan kecederaan, pakai helmet. Kalau naik kereta, pakai seat belt.

Begitu juga procedure ini, komplikasinya adalah minimum.

Antaranya :

1) Kesan lebam pada tempat berkenaan..

2) Sakit kepala.

3) Sakit pada tempat suntikan dan sedikit pendarahan.

Namun harus ditegaskan bahawa peratusannya sangat rendah kurang satu peratus dan komplikasi ini semua minimum dan bersifat sementara.

Komplikasi yang sering dikaitkan oleh masyarakat seperti kematian, lumpuh serta kecacatan kekal akibat prosedur LP ini TIDAK akan berlaku.

Keadaan lumpuh serta kecacatan pesakit terjadi ADALAH disebabkan penyakit serangan jangkitan otak yang serius dan lambat dirawat.

Dah baca kata-kata orang tentang LP? Dah baca huraian saya? Sekarang anda kena tahu bahawa:

                          

• Di sesetengah negara prosedur ini tidak perlu kebenaran waris kerana diperakui selamat.

• Prosedur hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.

• Jumlah air tulang belakang yang diambil 1.0 - 1.5 mililiter.

• Tempat paling sesuai - antara dua vertebra L4 dan L5 kerana bahagian ini paling selamat.

• Bahagian berkenaan akan dicuci dahulu dengan cecair antiseptik bagi meminimalkan normal flora dikawasan berbabit yang boleh menyebabkan potensi jangkitan kuman.

• Cecair air tulang belakang (CSF) yang normal tidak berbau dan berwarna jernih.

• CSF yang dijangkiti kuman akan keruh dan lebih pekat.

• Rawatan pesakit ditentukan berdasarkan hasil keputusan ujian cecair terbabit.

Notakaki:
Setiap apa yang doktor lakukan bukan bertujuan untuk memudaratkan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen