Panduan Berkerja Dari Rumah Buat Suri Rumah Yang Sibuk Menguruskan Anak.

 

Menjadi seorang isteri yang berkerjaya ini sudah tentulah memenantkan, mana tidaknya perlu menguruskan rumah serta menguruskan kerja di pejabat. Bahkan setiap orang mempunyai waktu kerja yang berlainan, ada yang berkerja di pejabat tetapi tidak mengikut office hour, ada juga yang berkerja di rumah tapi mengikut office hour.

Berkerja di rumah? Ada sahaja ister-isteri yang melakukan kerja di rumah bukan di tempat kerja. Sebagai contoh, mereka yang berniaga secara kecil-kecilan, penulis ataupun mereka yang freelance. Bergantung kepada kerja mereka, tapi masing-masing mempunyai perkerjaan yang tersendiri. Cuma bagaimana mereka ini menguruskan masa kerja mereka di rumah?

Biasanya apabila di rumah, tidak ramai yang boleh melakukan kerja dengan betul dan mengikut masa yang sesuai. Mana tidaknya, ada perasaan bertangguh kerjalah, ada sahaja benda yang nak dibuatlah ataupun terpaksa menguruskan anak terlebih dahulu.

Pasti ibu-ibu yang ingin melakukan kerja di rumah ini akan terganggu akan perkara sebegini. Berikutan itu, mari ikuti sedikit perkongsian daripada Puan Nurbaizura SaNi, mengenai pengurusan masa berkerja dari rumah bagi suri rumah yang memiliki anak.



                        

Tips bekerja dari rumah bagi surirumah yang ada anak.

Seperti sedia maklum, ramai ibu-ibu yang mula menjadikan perniagaan di rumah sebagai salah satu pendapatan sampingan. Ramai jugak yang mengeluh kerana pelbagai kekangan dan tidak dapat fokus dengan sebaiknya. Sedikit tips yang kakzura selalu amalkan untuk korang yang bekerja dari rumah atau berniaga sampingan.

1.Wajib bangun pagi setiap hari.

lakukan tugasan yang wajib seperti kemas tempat tidur, mandi, memakai pakaian yang bersih dan kemas. Sementara menunggu anak bangun kita boleh sediakan sarapan untuk anak-anak. Beri anak sarapan dengan sebaiknya supaya mereka tidak menggangu waktu kerja kita kelak. Anak selalunya akan meragam bila mereka lapar dan kita tidak dapat fokus kepada kerja kita.

2.Mandikan anak dan sediakan pakaian yang bersih.

Apabila anak sudah bangun, mandikan dan pakai pakaian yang bersih supaya kita boleh fokus kepada kerja kita sehingga tengahari tanpa gangguan. Jika anak tak selesa, mereka akan meragam dan kita tidak dapat fokus sepenuhnya.

3.Sediakan ruang kerja dan meja pejabat untuk kita.

Ruang kerja adalah aspek penting dalam melakukan kerja dari rumah. Ini adalah supaya kita sentiasa besemangat dan boleh fokus sepenuhnya. Ruang mungkin tidak perlu besar dan terlalu cantik. Cuma sediakan meja, ada komputer, mesin pencetak dan beberapa keperluan yang di rasakan perlu sahaja.


4.Sediakan komputer atau laptop.

Jika hendak reply whatsaap atau pm daripada pelanggan sebaiknya menggunakan komputer atau laptop supaya memudahkan kerja kita. Mengikut pengalaman saya, bila menggunakan handphone banyak gangguan dan kita mula hilang fokus. Jika boleh, jangan reply dan buat kerja sambil baring. Sebab kita akan mula lalai dan banyak menghabiskan masa dengan scroll facebook.

5.Bekerja ikut masa.

Bila anda bekerja dari rumah bukan bermaksud anda boleh melakukan urusan lain secara sesuka hati. Contohnya masuk pejabat jam 9.00 pagi dan fokus sepenuhnya sehingga kerja anda selesai.

Sepanjang masa bekerja saya tidak akan menonton tv atau membasuh pakaian sesuka hati. Saya juga tetapkan waktu rehat lebih kurang satu jam setengah untuk hantar anak sekolah dan solat (anak sekolah sesi petang ). Semua kerja-kerja rumah saya akan buat setelah kerja di pejabat kecil saya selesai.

6.Apabila tamat waktu bekerja, lakukan kerja rumah dengan sepenuhnya.

Saya selalunya akan tamatkan waktu kerja pada pukul 5.30 petang sesudah suami balik kerja. Pada masa ni bolehkan fokus kepada kerja rumah seperti membersihkan dapur, membasuh baju, sapu rumah dan sebagainya. Jadi apabila bangun tidur keesokannya, rumah telah kemas dan kita boleh terus masuk office ikut step nombor satu tadi.

Semoga dapat beri sedikit panduan buat suri rumah macam kakzura.

Love cooking, love bisnes



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen