Gaji Banyak, Tapi Masih Tak Cukup, Kenapa Ya? Jom Baca!

 

“Kalau ada gaji banyak pun, tapi tak pandai simpan, memang tak cukup…”

Sering kali terjadi situasi sebegini bagi sesetengah individu. Gaji sepuluh ribu, tapi kalau boros dan tak menyimpan, pasti sentiasa rasa tidak cukup. Ada peningkatan setiap tahun, ada bonus setiap setengah bulan, masih juga tidak cukup. Hujung bulan tetap makan maggie. Kadang-kala terpaksa berhutang dengan ibu bapa atau sahabat. Malu!

Kenapa ya terjadinya situasi sebegini? Jom kita lihat:

1. Tiada rasa tanggung jawab untuk beri duit kepada ibu bapa.

Setiap kali mendapat gaji, perkara pertama yang anda lakukan adalah membeli belah keperluan anda sendiri. Sedikit pun tak pernah rasa untuk beri kepada orang tua di kampung. Tidak pernah terdetik untuk beri walaupun RM50 kepada ibu bapa. Tidak pernah ada rasa tanggung jawab untuk belanja ibu bapa makan, setiap kali balik ke kampung halaman.

Malah, ada juga merasa rugi guna kereta sendiri takut minyak kereta habis. Lalu hanya mengguna kereta bapa untuk bersiar-siar di kampung. Ya Allah bakhilnya!

2. Tidak bersedekah dan terlalu kedekut.

Bukan sahaja kedekut pada kedua ibu bapa, malah tidak pernah pula bersedekah pada orang yang tidak berkemampuan. Takut sangat duit habis. Nanti beri RM1, tak dapat pula nak beli kuih. Padahal nak beli kuih pada zaman sekarang pun, lebih daripada RM1. Apatah lagi nak menderma di tabung masjid. Yelah, masjid pun tak pernah pergi.

3. Sentiasa nampak kesalahan orang lain sahaja.

Tidak pernah memupuk atau menanam aura positif dalam diri sendiri. Sering nampak kesalahan orang lain sahaja, diri sendiri pula sentiasa betul. Malah, diri sendiri sentiasa mahu menang dalam setiap perbalahan, dan tidak mahu mendengar pendapat dari orang lain. Baginya pendapat yang berbeza adalah tidak sama taraf dengan dirinya. Ini yang dinamakan bodoh sombong.

4. Tidak menunaikan solat 5 waktu.

Rezeki itu datang dari Allah SWT. Sekiranya solat 5 waktu pun liat untuk dilakukan, tidak hairan jika Allah SWT tidak melimpahkan rezeki pada diri sendiri.

KESANNYA HUBUNGAN ANTARA KELUARGA YANG SUKAR MENJADI ERAT.

Apabila terlalu banyak berhutang dengan ibu bapa atau adik beradik, hubungan menjadi renggang, malah sukar berbaik semula. Sukar membayar balik hutang, akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi semakin kekok. Sebagai contoh, adik yang suka meminjam daripada abangnya sendiri, sehingga abang terpaksa menjadi penjamin (Guarantor).

Bila adik tak ada duit nak buat bayaran hutang, abang yang kena blacklisted dengan bank. Sudah tentu situasi sebegini hanya membuatkan abang menjadi terkilan dengan adik. Bila abang tak nak tolong, adik mula nak bermusuhan padahal memang tiada duit lagi dah mahu menolong.

TANDA-TANDA HIDUP MULAI TIDAK BERKAT.

Bila gaji semakin meningkat, tetapi rasa semakin tidak cukup, itulah tanda-tanda hidup kita sebenarnya tidak berkat. Selain daripada itu, apabila rezeki yang kita dapat tidak berkat:

  • Sering tertangguh buat kerja, tak pernah siap pun.
  • sering membuat sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat pada diri sendiri atau pada orang lain.
  • Masa hanya terbuang dengan sia-sia.
  • Hati sentiasa tidak tenang.

Beringat-Ingatlah Dalam Membuat Perbelanjaan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,005 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen