Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Agar Tidak Merana Tunggu Gaji.

 

Pada awal bulan dan tahun baru, pasti banyak perbelanjaan mahu ditanggung, terutamanya pada mereka yang sudah bekerja, berkahwin dan memiliki anak yang ramai. Perbelanjaan untuk anak-anak ke sekolah, jangan cakap. Pejam celik pejam celik, belum masuk pertengahan bulan, duit gaji tinggal sedikit.

Janganlah biarkan situasi ini berlarutan sehingga berbulan-bulan tanpa perancangan kewangan yang teratur. Jadi, ikuti 7 tips dari perkongsian saudara Amir Syahir ini…

********

1. Sediakan sekurang-kurangnya simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji. Simpanan ni kau jangan kacau dan jangan guna kalau tak terdesak. Biarkan ia tidur lena dalam ASB ataupun TH.

2. Utamakan keperluan dan kurangkan kehendak. Kau tu dah la gaji ciput, kehendak tu punya lah menggunung. Itu ini nak beli. Bukan tak boleh berbelanja untuk kehendak. Tapi berpada-pada lah ye. Kalau rasa bulan ni semput, fokuskan kepada keperluan sahaja.

3. Jangan buat kad kredit ataupun pembiayaan peribadi semata-mata kau nak bergaya. Ni lah sikap budak hispter macam kau, luaran je kaya. Baju je jenama, padahal simpanan duit dalam tiga angka je. Sadis.

4. Tambahkan pendapatan sampingan. Jangan bergantung pada satu sumber pendapatan jika gaji kau kecil. Cari pendapatan sampingan yang kau boleh buat. Contohnya berniaga online, dropship, part time ejen takaful atau hartanah dan macam-macam lagi.

5. Guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan duk nak beli benda baru je. IPhone 6 kau elok lagi dah tukar nak beli IPhone 7. Nak up to date katanya. Padahal beli pun berhutang. Duit dalam bank tak up to date langsung daripada tahun lepas. Apa citerrr.

6. Buat bayaran awal jika ada pembiayaan dengan pihak bank untuk elak daripada terpakai duit tersebut. Kau tu pesen tak boleh pegang duit banyak sikit, mula la rasa diri tu kaya. Jadi, dapat gaji bayar dulu hutang-hutang dengan pihak bank. Kalau lambat bayar kena caj penalti lagi la banyak duit gaji kau jadi arwah nanti.

7. Berjimat cermat. Kau akan masuk mode amalan berjimat-cermat bila duit tinggal RM50 dan gaji lagi seminggu kan? Masa tu la kaw-kaw punya berjimat-cermat. Megi kawan kau rembat, 3 in 1 Neskepe Mak Cik Cleaner kau mintak. Tak cukup dengan itu, kau rembat biskut Akak Kerani masa lunch. Kenapa tidak amalkan berjimat-cermat masa dapat gaji? Bawa bekal sarapan ke pejabat misalnya. Jimat bukan?

Elakkan Gaya Hidup Yang Sia-sia

Jika kita kerja penat-penat, lepas tu berbelanja serupa setan, tak guna juga. Kau bangun pagi redah jem, lepastu balik lewat tengah malam. Duit habis entah ke mana.

Dapat gaji modified kereta tak habis-habis. Pasang spoiler dan rim cantik-cantik. Yang kaum makwe asyik-asyik beli baju, kasut dan beg tangan. Kau senyum puas. Tapi simpanan kau macam mana?

Tak rugi kalau kau hidup di bawah kemampuan. Ini tidak, baru kerja terus beli kereta import mewah. Biarlah menderita bayar ansuran bulanan, asalkan dipuji rakan sejawat.

Buang la perasaan nak impress kepada kawan-kawan, nak rasa bangga dengan pujian. Tak kemana pun dik oi. Ukur baju di badan sendiri lah ye. Buat apa nak susah kan diri sendiri.

Jangan berjoli masa dapat gaji, merana tunggu gaji nanti. Kah!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen