Lelaki Ini Kongsi Capai Misi Kahwin 2019, Buat Yang Single Bolehlah Cuba.

 

Apabila masuk tahun baru ini, rata-rata akan mula memasang azam untuk mencari calon suami atau isteri, ataupun ingin membuat hubungan yang ada sekarang ini ke arah yang lebih serius seperti berkahwin ataupun bertunang. Jadi sebelum membuat keputusan dengan siapa ingin berkahwin dan bila akan berkahwin, pastilah anda perlu pastikan bahawa dia adalah calon yang sesuai dan layak untuk anda.

Bagaimana ingin tahu bahawa dia adalah orang yang ada tunggu selama ini? Adakah si dia itu pasangan sehati sejiwa anda? Ataupun dirinya itu hanyalah satu persinggahan.

Mari ikuti perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini, mana tahu ia membantu anda untuk dapatkan jodoh yang anda tunggu itu.



Misi Kahwin 2019

*******************

Ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan? Tetapi jodoh yang dinanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.

Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.

***

1. Proses Taaruf.

Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.

Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.

Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.

2. Agama.

Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.

3. Cari Keserasian.

Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.

Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.

4. Selidik Latar Belakang.

Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.

5. Perancangan Masa Depan.

Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.

6. Bertimbang Rasa.

Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.

7. Jadi Diri Sendiri.

Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.

Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.

***

Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.

Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti. Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.

Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je "Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri." Simple.

Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.

Pada yang dah berkahwin tu, tak payah nak buat misi kahwin 2019 pulak. Kah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen