6 Peringatan Penting Akan Kehidupan Yang Menyeronokkan Di Dunia Ini.

 

Hidup di dunia ini sememangnya penuh dengan keseronokan, di mana ia penuh denga tipu daya manusia. Terlalu banyak perkara yang menyeronokkan sehingga kita lupa dan leka akan tugas sebagai hamba di bumi Allah ini.

Dalam mengejar dunia, jangan lupa juga untuk mengejar akhirat. Hal ini kerana, jika di dunia anda hidup penuh bahagia dengan kemaksiatan, di akhirat nanti anda tiada bekalan. Jadi pastikan dunia dan akhirat ini seimbang tidak lebih dan tidak kurang.

Kerana kita selalu leka dan alpha akan keindahan dunia ini, maka Allah telah datangkan peringatan demi peringatan baik dari firman-Nya sendiri ataupun melalui hadis-hadis Nabi SAW. Berikut enam pesanan tentang kehidupan dunia untuk panduan kita semua.



1. Siapa Yang Mengejar Akhirat, Allah Akan Meyelesaikan Urusan Dunianya.

Dari Zaid bin Tsabit RA , dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya.
Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, AllAh akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina”


2. Jadilah Orang Yang Mewarisi Amalan Akhirat.

‘Ali bin Abi Talib RA mengatakan,

Sesungguhnya dunia akan pergi meninggalkan kita, sedangkan akhirat pasti akan datang. Masing-masing dari dunia dan akhirat memiliki anak-anak, kerananya, hendaklah kalian menjadi anak-anak akhirat dan kalian jangan menjadi anak-anak dunia, kerana hari ini adalah hari amal tanpa hisab (di dalamnya), sedang kelak adalah hari hisab tanpa amal (di dalamnya).


3. Pencinta Dunia Tidak Akan Terlepas Dari 3 Perkara.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

“Pencinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal: Pertama, kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus, kedua (keletihan) yang berlanjutan, dan ketiga kerugian yang tidak pernah berhenti.


4. Orang Yang Meluangkan Waktu Untuk Beribadah, Allah Akan Mengisi Jiwanya Dengan Kecukupan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman :

يَا ابْنَ آدَمَ ! تَـفَـرَّغْ لِـعِـبَـادَتِـيْ أَمْـلَأْ صَدْرَكَ غِـنًـى وَأَسُدَّ فَقْرَكَ ، وَإِنْ لَـمْ تَفْعَلْ مَلَأْتُ يَدَيْكَ شُغْلًا وَلَـمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ

“Wahai anak Adam! Luangkanlah waktumu untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan (kecukupan) dan Aku tutup kefakiranmu. Jika engkau tidak melakukannya, maka Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan tutup kefakiranmu” – Sahih: HR. Ahmad (2/358), at-Tirmidzi (no. 2466), Ibnu Majah (no. 4107), dan al-Hakim (2/443)

5. Orang Yang Banyak Angan-Angan Cenderung Untuk Malas Beribadah.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Yang akan muncul disebabkan banyaknya angan-angan adalah malas untuk mengerjakan ketaatan, menunda-nunda taubat, bercita-cita terhadap dunia, lupa akhirat, dan mengerasnya hati. Sebab, kelembutan dan kejernihan hati terbentuk hanyalah dengan mengingat kematian, alam kubur, dosa dan pahala, serta dahsyatnya hari Kiamat”

6. Nilai Dunia Hanya Sebanyak Air Yang Tersisa Di Jari.

Rasulullah SAW bersabda :

واللّٰـهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هٰذِهِ – وَأَشَارَ يَـحْيَ بِالسَّبَّابَةِ – فِـي الْيَمِّ ، فَـلْيَنْظُرْ بِمَ تَـرْجِعُ ؟

Demi Allah! Tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kalian yang mencelupkan jarinya -Yahya (perawi hadis) berisyarat dengan jari telunjuknya- ke laut, maka lihatlah apa yang dibawa jarinya itu?- Sahih: HR. Muslim (no. 2858) dan Ibnu Hibban (No. 4315-at-Ta’lIqatul Hisan)

Mencintai dunia hanyalah membawa kita jauh dari akhirat. Letaklah dunia sekadar di tangan, bukan di hati. Itu tempat dunia yang selayaknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,818 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen