Tips Mencukur Misai Dan Janggut Buat Lelaki.

 

Untuk kelihatan kemas dan bersih pada pandangan mata wanita, orang lelaki perlu bijak untuk menguruskan jambang, misai dan janggutnya. Sesetengah orang memilih untuk mempunyai bulu-bulu di muka dan ada yang memilih untuk tidak memilikinya. Ia bergantung pada setiap individu.

Tidak kiralah apa pun pilihan anda, mencukur adalah perkara yang wajib anda lakukan untuk memastikan muka anda sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Barulah wanita mudah terpikat dengan wajah anda.



Apabila sudah meningkat dewasa, anda pasti perasan bahawa muka anda semakin berbulu. Anda juga akan menemui bulu di bahagian lain yang sebelum ini bersih dan licin seperti ketiak, dada, perut, dan kemaluan. Itu tandanya anda sudah mencapai umur matang.

Pertambahan bulu ini disebabkan oleh hormon androgen yang mula melonjak naik selepas mencapai akil baligh. Sekarang, sudah tentu anda perlu mula berfikir tentang bercukur. Jika ingin mendapatkan tip, artikel ini memang untuk anda.

Tip pertama: Bila perlu mula bercukur?

Pertama sekali, dapatkan pandangan lelaki dalam keluarga anda – abang atau ayah. Apabila bulu gelap sudah mula tumbuh, kebiasaannya di bahagian dagu dan atas bibir, sudah tiba masanya untuk mula bercukur.

Tip kedua: Memilih jenis pisau cukur.

Memilih pisau cukur yang selamat dan berkesan adalah sangat penting. Ia mungkin sedikit berbeza bagi setiap individu. Kebiasaannya, terdapat dua jenis: elektrik dan manual.

Pencukur elektrik.

Selalunya selesa dan sesuai. Anda boleh dapatkan jenis berwayar atau tanpa wayar (boleh cas semula atau menggunakan bateri). Sebaiknya untuk memilih jenis yang mempunyai kepala fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan bentuk muka. Harga pencukur elektrik mungkin lebih mahal berbanding manual.

Pencukur manual.

Jenis ini kebiasaannya pakai buang dan anda memerlukan krim atau gel pencukur untuk memastikan kulit tidak luka dan untuk mengelakkan ruam. Sesetengah gel atau krim mungkin tidak sesuai dengan kulit anda. Jadi, uji kulit anda dengan jenama berbeza.

Tip ketiga: Mengelakkan luka.

Luka semasa bercukur ialah perkara biasa terutamanya di waktu awal bercukur. Namun, ada cara dan tip yang boleh membantu.

Waktu terbaik untuk bercukur ialah selepas mandi dengan air suam kerana kulit terhidrat dan lembut.

Basuh muka dengan air suam sebelum sapu gel atau krim pencukur.

Bercukur mengikut arah bulu, bukan melawan arah. Kebiasaannya, bulu akan tumbuh ke arah bawah, jadi bercukur juga paling baik mengikut arah tersebut untuk mengelakkan ruam dan merah-merah pada muka.

Jangan terburu-buru dan tekan pisau cukur terlalu kuat.

Tukar pisau cukur dengan kerap. Pisau tumpul lebih kerap menyebabkan luka.

Selepas bercukur, basuh muka dengan air dan sabun. Kemudian, sapu dengan losen atau pelembap muka untuk mengelakkan kulit menjadi kering.

Kekerapan bercukur bergantung kepada setiap individu mengikut ketebalan bulu dan pilihan masing-masing. Bagi sesetengah lelaki, mereka lebih selesa untuk tidak bercukur licin dan hanya mengemaskan bulu muka menggunakan mesin trimmer.

Apa pun pilihannya, yang penting sentiasa kemas dan bersih.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen