"Bila Anak Lebih Rapat Dengan Atuk, Barulah Nak Tepuk Dahi..."

 

Apabila anak-anak masih kecil ini, cuba cari masa sebanyak mungkin untuk anak-anak anda itu. Jangan sesekali menganggap bahawa bila besar nanti anak anda akan lebih banyak masa untuk anda nanti. Jangan biarkan dirinya menghabiskan lebih banyak masa dengan orang lain berbanding dengan ibu ayahnya.

Hal ini kerana, apabila mereka besar nanti, mereka akan lebih memilih untuk bersama orang yang rapat dengannya. Jadi masa untuk anda tidak akan pernah ada. Ini kerana anak anda akan ada perasaan selesa, rasa disayangi dan mendapat perhatian yang penuh dengan orang yang lebih banyak menghabiskan masa bersama-samanya dahulu.

Sedikit perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini mungkin dapat membuka mata anda. Jangan terlalu sibuk kerja lebih masa sehingga tiada masa untuk anak-anak.



Bila Anak Lebih Rapat Dengan Atuk Berbanding Ayah Sendiri!

Inilah akibatnya bila masa anak masih kecil tak mahu luangkan masa bersama. Sibuk bekerja je.

Padan Muka!

Bila anak dah besar mestilah dia memilih atuk, sebab atuk dari kecil jaga dia. Budak-budak mesti lebih suka pada orang yang lebih banyak peluk, cium dan beri perhatian pada mereka.

Bayangkan cuti sekolah seminggu ni dia tak nak langsung tidur kat rumah. Nak tidur di rumah atuknya saja. Ayah sendiri pula yang kena pergi melawat dia di rumah atuk. Tepuk dahi!

Bila nak masuk tidur selalunya akan buatkan susu dan baca buku cerita dengan anak. Tapi kali ni setiap kali masuk bilik tengok katil anak kosong terasa pilu dan rindu.

Andailah dapat di undur masa kembali, sudah pasti saya akan memilih untuk lebih habiskan masa dengan anak daripada kerja.

Tapi itu mustahil!

Masa yang dah berlalu akan terus berlalu. Anak yang dah besar tak mungkin akan jadi kecil balik. Rasa rugi sangat sebab tak banyak beri pelukan, ciuman dan perhatian dulu.

Sekiranya hari ini anda masih berpeluang bekerja dan masih dapat jumpa anak hari-hari, bersyukurlah.

Hargailah setiap saat yang ada ni sebaiknya kerana masih ramai lagi yang hanya dapat jumpa anak mereka seminggu sekali, bahkan ada yang berbulan-bulan baru dapat jumpa.

Itu sebab sekarang saya lebih kerap peluk dan cium Annur Rania, sebab nak bina semula rasa sayang dia pada saya.

p/s : Bagi saya rasa bersyukur sebenar adalah bila kita sentiasa panjatkan rasa syukur dengan masa yang ada dan sentiasa mengutamakan anak-anak daripada perkara lain.

p/s : Tolong kongsikan juga pada orang lain yang selalu sibuk bekerja supaya mereka pun tahu pentingnya hargai masa yang ada ni.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,120 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen