"Jangan Stress Ajar Anak Kemas Mainan, Jadikan Ia Satu Keseronokan."

 

Bila ada anak kecil ini biasalah, rumah mestilah sentiasa bersepah dengan barang mainan anak-anak, mana tidaknya anak-anak selalunya tahu bermain sahaja, bila suruh kemas ibu dan bapa lah kena lakukannya. Tapi kalau ibu bapanya tak sempat kemas, rumah akan terbiar bersepah.

Kalau ibu-ibu yang suri rumah pula, pastilah penat sekiranya perlu berulang kali mengemas barang permainan anak-anak ini. Mana tidaknya, baru sahaja kemas, anak-anak mula keluarkan semula permainan mereka. Itu yang menyebabkan duduk rumah pun boleh stress.

Apa kata buat ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah ini, ikuti tips yang dikongsikan oleh Puan Nadh Azkar ini. Mana tahu berkesan terhadap anak-anak anda. Bolehlah meringankan beban sedikit.



                        

Malam ni rasa macam nak share satu benda kat sahabat-sahabat nad yang ada anak kecil. Bila main mainan, tak nak kemas.

Tapi kita boleh didik dia dari kecil dan biasakan diri untuk kemas semula mainan selepas bermain.
Nad dah cuba, memang berkesan!

7 Cara Ajar Anak Kemas Mainan.

1. Berlumba dengan anak.

Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. "Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!"

2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan.

Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.

3. Janji main lagi.

Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap,

“Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”

4. Puji susunan mainan anak.

Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh.

“Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.

5. Sentuhan terakhir.

Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?

Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing’ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.

6. Rumah mesti kemas.

Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak,

“Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.

7. Main tarik tali.

Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.

Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.

Last sekali nad nak bagitau, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi.

Korang boleh cuba okay!

Penat mengemas jugak sebenarnya nie.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen