Lelaki Ini Kongsikan ‘Bahasa Lapar’ Para Suami, Yang Isteri Perlu Tahu.

 

Memang benar,  setelah berkahwin lelaki cepat berubah fizikalnya kerana sentiasa lapar. Jadi, kaum wanita yang mahu berumah tangga perlu bersiap sedia untuk belajar memasak, supaya suami anda tidak mudah lapar. Mudahnya menjaga suami kelak, hanya dengan menjaga perutnya sahaja. Namun, adakah para isteri tahu bahawa lelaki pun ada ‘bahasa lapar’ mereka?

Bila suami ni lapar sebenarnya?

Kadang-kala tiba-tiba terlihat suami sering ke dapur, walaupun baru je lepas makan satu jam tadi....

Tiba-tiba di hening awal pagi dah lapar....

Pukul 2 atau 3 pagi lapar pun juga....

Bila ditanya “Awak lapar ke?”, namun jawapan tidak pula.

Jadi, saudara Ahmad Saifuddin telah berkongsi untuk mengetahui, macam mana nak tahu sebenarnya suami anda lapar atau tidak?

********

Tips 1 Bahasa Suami.

Apabila lelaki sekejap masuk dapur, sekejap keluar. Kemudian masuk semula ke dapur. Itu bermaksud dia sangat lapar.

Tips 2 Bahasa Suami.

Apabila isteri atau ibu sedang masak, kemudian dia masuk dapur dan tanya menu, itu bermaksud dia sedang lapar tetapi tidak terlalu lapar.

Tips 3 Bahasa Suami.

Apabila sebelum balik ke rumah dari tempat kerja suami telefon isteri dan bertanya mahu makan apa malam ini. Itu bermaksud dia terlepas makan tengahari tadi. Memang dia lapar.

Tips 4 Bahasa Suami.

Apabila lelaki balik rumah dan tidak ada apa-apa makanan. Tiba-tiba anak meragam dan dia pula naik angin, sama ada dia ada masalah atau dia sangat lapar.

Tips 5 Bahasa Suami.

Apabila sebelum maghrib lelaki sudah tanya tentang makan. Bermaksud sama ada dia mahu belanja makan di luar atau dia sudah lapar dan perlu makan malam awal.

Tips 6 Bahasa Suami.

Apabila lelaki makan makanan lain sewaktu isteri sedang memasak seperti biskut, kek dan sebagainya sedangkan makanan itu bukan kegemarannya, bermaksud dia sedang lapar. Sangat lapar.

Tips 7 Bahasa Suami.

Apabila lelaki ajak keluar jalan-jalan beberapa ketika selepas makan malam. Itu bermaksud dia mahu makan lagi.

Tips 8 Bahasa Suami.

Apabila lelaki berkata, “Saya rasa lapar.” Jangan ditanya kenapa lapar dan kenapa tidak makan tadi. Hehe!

********

Sediakan Makanan Yang Banyak Di Dapur Ya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,241 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen