Tips Untuk Isteri Bercakap Dengan Suami, Supaya Suami Tidak Sakit Hati.

 

Bahaya jika suami sakit hati dalam diam, lebih-lebih lagi terlalu memendam perasaan sehingga meletup satu rumah.  Secara lumrahnya lelaki memang suka mendiamkan diri apabila dilanda masalah, dan perkara ini tidak disukai oleh kaum wanita. Kenapa perlu berdiam diri sekiranya boleh berkomunikasi?

Namun, sebagai wanita yang bergelar isteri haruslah mengekalkan gaya ketimuran iaitu bercakap dengan sopan dan tidak mudah melenting sekiranya diusik oleh suami. Untuk taat pada suami adalah mudah sekiranya seorang isteri tahu peranannya yang sebenar. Pandai menjadi isteri yang sebenar berlandaskan syariat.

Syurga isteri dibawah telapak kaki suami, oleh itu janganlah lakukan sesuatu yang boleh buat suami sakit hati terutamanya dari segi pertuturan.

Jadi seorang isteri haruslah;

1. Jaga nada suara.

Jika di awal perkenalan, masih lagi bukan mahram boleh cakap manja-manja tersimpul malu dengan kekasih. Jadi, kenapa setelah berkahwin tiba-tiba jadi harimau pula? Jagalah nada suara yang sedap didengari oleh suami. Janganlah menganggap hanya suami sahaja yang tidak romantik setelah berkahwin, dah jadi isteri juga reflex kembali diri anda.

Jika dulu boleh berbisik dan mengalunkan suara yang merdu, kenapa dah kahwin perlu tengking-tengking suami?

2. Tidak melemparkan kata-kata carutan.

Setelah berkahwin pasangan suami isteri perlu banyak bersabar antara satu sama lain, kerana telah mengetahui sikap sebenar pasangan. Jadi, jangan sesuka hati melemparkan kata cacian, malah kata-kata carutan pada suami semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Ingat! Nak taat pada suami bukan dengan hanya melakukan urusan rumah tangga dan melaksanakan keinginan suami sahaja. Tutur kata juga perlu dijaga.

3. Elakkan menyindir suami.

Apabila suami hilang pekerjaan, kena tipu dengan kawan atau kena buli dengan rakan sekerja di pejabat, elakkan menyindir atau memperkecilkan mereka. Hormatilah suami anda dengan memberi sokongan yang padu untuknya. Jika mereka cuba untuk meluahkan perasaan, dengar luahan mereka dengan teliti dan cuba untuk mencari solusi.

4. Tidak mengungkit keburukan dan kelemahan suami.

Perkara yang paling penting dalam rumah tangga adalah dengan tidak mengungkit kisah silam. Kebanyakan para isteri gagal dalam melakukan perkara ini. Secara tidak sedar bukan sahaja mengungkit kisah silam, namun keburukan dan kelemahan suami diungkit juga. Tidak tahu apa motif, dan apa yang cuba ingin disampaikan. Jangan buat suami anda berfikir bahawa anda sebenarnya tidak dapat menerima kekurangan mereka seadanya. Hargailah suami anda.

5. Jangan membelakangkan suami.

Dan apabila suami mahu memberi pendapat dan berkata-kata, elakkan membelakangkan suami. Bertentang matalah ketika bercakap dengan suami, kerana dengan cara ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, dengan cara ini menunjukkan anda menghormati setiap pendapatnya, walaupun berbeza.

Jangan lupa untuk memberi reaksi seperti mengangguk dan senyuman.

Semoga Menjadi Isteri Yang Taat Pada Suami Kelak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,556 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen