Kenapa Suami Sukar Mengingati Tarikh Penting Seperti Ulang Tahun Perkahwinan? Jom Baca!

 

Ramai sahaja golongan isteri mengeluh kesah kerana suaminya tidak lagi romantik seperti di awal perkenalan dan perkahwinan. Malah, ramai juga yang bermasam muka dan memendam perasaan apabila si suami sukar untuk mengingati antara tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka. Memang merajuk sepanjang masa, mulut muncung jangan cakaplah.

Masa nak mengorat isteri dulu, semua perkara diingat.

Isteri pakai baju pink suami ingat….

Makan kat mana….

Makanan kegemaran….

Dan pelbagai lagi….

Namun, sekarang semuanya lupa. Seolah-olah macam dah tak kenal isteri pula.

Kenapa perkara ini sering terjadi pada para suami?

PEMIKIRAN LELAKI YANG LEBIH FOKUS PADA PERKARA PENTING DAN BESAR.

Masa nak mengorat isteri dulu di awal perkenalan, sudah tentu lelaki hanya fokus pada perkara yang penting iaitu misi mereka “Aku kena dapatkan dia ni…”

Jadi misi pentingnya ketika itu adalah dengan mengingati segala perkara yang kekasihnya suka. Padahal pada ketika itu pun, bersusah payah nak ingat satu persatu. Kalau tak ingat merajuk lagi. Kena marah lagi. Kena gaduh lagi. Kena tinggal lagi. Sehinggalah menempuh ke jinjang pelamin. Itu adalah misi lelaki.

Secara lumrahnya pemikiran lelaki dan wanita memang tidak sama, kerana kaum wanita mampu mengingati segala benda pada masa yang serentak, walaupun perkara yang kecil dan remeh. Namun, ia tidak terjadi pada lelaki. Perkara remeh pun mana nak ingat.

Jadi, di sini apabila misi penting dan besarnya itu sudah selesai, lelaki yang bergelar suami ini akan fokus pada perkara penting nombor dua pula, iaitu cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri. Sebagai contoh untuk mendapatkan zuriat atau menstabilkan ekonomi keluarga terdahulu.

Jika misinya untuk mendapatkan zuriat sudah selesai, sudah tentu mereka akan fokus pada anak pula. Untuk melindungi anak, belanja untuk anak, keselesaan anak untuk tidur, makan minum dan seumpama dengannya.

SEBENARNYA MEREKA TERLUPA DAN TERLEPAS PANDANG AKIBAT TERLALU FOKUS PADA PERKARA PENTING.

Naluri lelaki yang sememangnya hanya fokus pada sesuatu perkara yang penting dan besar menyebabkan mereka terlepas pandang pada perkara yang kecil. Tetapi tidak kecil pada para isteri. Situasi sebegini yang menyebabkan perbalahan antara suami dan isteri. Dalam rumah tangga, si isteri tidak boleh menyalahkan suami seratus peratus jika alasannya hanya terlupa tarikh penting kerana bagi suami ia adalah perkara kecil.

Jadi, resipi perkahwinan dalam menangani masalah sebegini adalah dengan SALING INGAT MENGINGATI. Semakin pasangan suami isteri meningkat usia, semakin banyak perkara mudah terlupa. Jadi, jangan terus menuding jari pada satu pihak, padahal tidak cuba bertoleransi.

DALAM PERKAHWINAN PERMAINAN EMOSI SANGAT PENTING PADA ISTERI.

Jadi peranan isteri dalam hal ini, perlulah memberi nilai emosi dan spiritual yang tinggi pada suami. Ini kerana suami hanya menganggap kebahagiaan rumah tangga hanya terletak pada fizikal dan material sahaja. Padahal mereka terlupa bahawa isterinya sangat mudah terpengaruh dengan emosi.

Suami yang mementingkan material pasti akan mengatakan;

“Awak nak apa lagi? Tak cukup ke duit yang saya bagi tu?”

Dengan kata-kata sebegini sahaja, sudah tentu isterinya sendiri akan berasa sentap dan sensitif. Jadi, elakkan daripada berkata-kata begini. Pertimbangkan perasaan dan emosi isteri.

Isteri juga jangan lupa, bantulah suami untuk mengingati tarikh penting. Oleh kerana itu, pasangan suami isteri bukan sahaja perlu saling melengkapi, malah perlu saling ingat-mengingati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen