“Suka Anak Kahwin Muda Sebab Nak Jaga Agama Dan Cepat Rasa Tanggungjawab…” Bonda Rozita.

 

Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkahwinan di usia yang muda ini, begitu juga Puan Rozita Ibrahim, yang merupakan pengasas produk kecantikan dan kesihatan ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Bonda Rozita ini merupakan ibu kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato Sri Aliff Sayaukri dan juga ibu mertua kepada Datin Sri Shahidah.

Beliau yang sering berkongsi kisah mengenai produk kecantikan dan kesihatan ini juga tidak ketinggalan untuk berkongsi kisah mengenai keluarganya di media sosial. Pelbagai kisah dan gelagat yang akan beliau kongsikan mengenai anak-anaknya.



                        

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu video gelagat keluarganya ketika mereka sekeluarga sedang bercuti.

“Saya suka anak saya kahwin muda sebab nak jaga agama. Ajim dah 22 saya nak kahwinkan tapi tak ada calon yang saya suka. He he… Wajjb fasih Quran syarat utama saya.

Tujuan saya supaya mereka tak buat maksiat. Lagi cepat bina keluarga, lagi cepat rasa bertanggungjawab. Lagi kuat family.

Itu pandangan saya.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga memohon netizen agar memaafkan anaknya Dato Aliff Syukri. Beliau yang merupakan ibunya begitu memahami sikap anaknya yang sememangnya mulut insuran tinggi.


Senda gurauan kami di dalam kereta alahai kalau Syukri memang sifatnya suka membahan orang. Lawak dan meninggi diri. Kami dah tahu perangai dia. Memang tak tahan dia buat lawak. Dia je semua good, lawa, hensem. Kami semua hodoh..!!

Sampai ida cakap nak bersalin je takut “saya bersalin mak, takut sangat. Apa komennya kalau comel muka anak tak apa. Kalau hodoh hadoi. Nasib baik comel terus dia cakap muka Syukri. Kalau hodoh.. muka saya mak.”

Ha ha dah lama kahwin kenal dah perangai dia. Saya cakap Ida gurau dia memang kita jadi kereta kebal bukan setakat ajim ajah. Saya emaknya pun dia hina.

Dia kata muka mak sekarang adalah muka ketinggalan zaman. Kalau dengar kata-katanya bukan setakat nak lempang. Rasa nak cangkol. Nak pijak, nak simbah air panas, semua ada. Memang mulut insuran tinggi betul dia ni. Lawak tahap kalau orang tak boleh faham dia melawak atau menghina konfius.

Baik sangat-sangat Kri ni kami je kenal. Followers semua maafkan anak saya Kri ya. Dia ni dah 30an pun kena matah kena pukul lagi dengan saya!! Kalau saya nangis baru dia berhenti buat hal. Ni kat Australia ni pun dia nak merapu. Saya libaskan je dia apa ada kat tangan, geram sangat.

Tudung ni akan dilancar bila butik dibuka tak lama lagi. Saya pakai dulu lah @bonda_by_rozita_ibrahim dan untuk dapatkan video penuh tentang aktiviti saya boleh tengok di You tube Rozita Ibrahim.”

                        


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen