Antara Adab Yang Perlu Anda Ikuti Apabila Ibu Mertua Mahu Datang Ke Rumah.

 

Yang kita sering dengar adalah adab untuk bertandang ke rumah bakal ibu mertua. Jangan lupa, ketika ibu mertua mahu datang bertandang ke rumah anda, ada juga adab yang perlu dijaga. Tidak semestinya pada mereka yang belum berkahwin, selepas berkahwin pun, pasti ibu mertua sering mahu melawat datang ke rumah. Kebarangkalian rindu pada anak dan cucunya.

Jadi, jom ikuti adab-adab seperti ini:

1. Perlu Mengesahkan Kedatangan Mereka.

Kadang-kala ibu dan bapa mertua pasti suka membuat kejutan pada anak-anaknya apabila datang ke rumah. Surprise katanya. Tetapi situasi sebegini pasti mengundang perasaan yang tidak senang hati, kerana anda tidak dapat membuat persediaan yang baik untuk mereka. Sekiranya anda mendengar desas-desus bahawa mereka mahu datang melawat, buat pengesahan dengan menghubungi mereka.

Untuk menghormati orang tua, adalah lebih baik sekiranya anda terus membuat panggilan kerana dengan aplikasi whatsapp atau sms, kadang-kala mengambil masa untuk mereka menaip. Dengan cara begini menunjukkan anda sangat mengalu-alukan kedatangan mereka.

Malah, jangan pula pada saat akhir tiba-tiba anda ada perancangan lain ketika mereka mahu datang. Merancanglah dengan teratur.

2. Mengemas rumah.

Bila dengar ibu dan bapa mertua mahu datang ke rumah, apalagi….jangan lupa kemas rumah yang bersepah dengan permainan anak-anak. Akan tetapi ada juga pasangan suami isteri kemas rumah pada saat-saat akhir yang membuat mereka sedikit tertekan. Oleh kerana itu, pasangan suami isteri perlu agih sama-rata dalam mengemas rumah setiap hari. Jangan hanya bergantung pada sebelah pihak sahaja.

Kalau isteri penat memasak. Suami tolonglah basuh pinggan.

Suami dah tolong basuh baju. Isteri tolonglah ampaikan. Kemudian suami pula lipat baju.

3. Sediakan tempat tidur yang selesa.

Kebanyakan pasangan tidak tahu dengan penyediaan tempat tidur ibu bapa mertua kerana mereka terus memberi master bedroom iaitu bilik tidur rasmi mereka. Bilik tidur pasangan suami isteri adalah privasi anda berdua, tidak manis didedahkan pada pihak lain termasuklah anak-anak anda juga. Jadi, sediakan bilik yang bersesuaian. Jika mereka mahu tidur dengan cucu-cucu mereka, beritahu anak-anak dengan kedatangan atuk dan neneknya.

4. Beritahu mereka untuk makan bersama di rumah.

Semasa membuat panggilan tentang pengesahan mereka mahu datang ke rumah, akhiri perbualan dengan mahu makan bersama mereka di rumah.

“Nanti mak sampai makan sama-sama tau, saya masak…”

Ini juga adalah salah satu cara menunjukkan anda sangat mengalukan kedatangan mereka ke rumah. Malahan ia adalah hint untuk mereka supaya tidak membawa bekal makanan yang banyak untuk anda nanti. Tetapi jangan pula anda cuba menyatakan:

“Ayah dan mak dah makan ke?”

Sebagai orang tua pasti mereka tidak mahu menyusahkan anda untuk masak. Nanti mereka akan berasa simpati terhadap anda kerana bersusah payah masak untuk mereka.

5. Sediakan tempat solat yang selesa.

Hal ini juga penting kerana orang tua sangat mementingkan kebersihan dan keselesaan untuk beribadat, terutamanya jika ibu atau bapa mertua anda solat dengan keadaan duduk. Sediakan tempat solat yang selesa untuk mereka.

6. Dan yang paling penting, apabila mereka mahu pulang, jangan lupa ucapkan terima kasih dan kata-kata sayang terhadap mereka. Malah, ungkap juga “Nanti jumpa lagi ya…” atau “Nanti saya datang rumah mak pula…”

Adab ini tidak semestinya dilakukan hanya untuk keluarga mertua sahaja, jika keluarga anda sendiri mahu datang bertandang ke rumah ikuti juga tips ini. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,606 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen