Kenapa Restu Daripada Kedua Ibu Bapa Itu Penting Dalam Perkahwinan? Jom Baca!

 

Kedua ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam hidup setiap anak-anak. Dan setiap tindakan yang anak-anak lakukan perlulah mendapat keizinan daripada kedua ibu bapa untuk menandakan kita adalah seorang anak yang pandai menghargai dan menghormati mereka. Malah, dengan etika sebegini akan mendapat keredhaan Allah SWT kelak, sebagaimana dengan hadith ini…

“Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)

Apatah lagi berkenaan dengan hal pernikahan dan perkahwinan. Tuntutan sunnah Rasulullah SAW ini juga memerlukan restu, berkat dan redha dari kedua ibu bapa kita.

MENGAPA PENTINGNYA RESTU IBU BAPA DALAM HAL PERKAHWINAN KITA?

Tanpa restu daripada mereka, maka tiada keyakinanlah kita untuk menempuh alam perkahwinan.

Raut wajah mempamerkan senyuman, walhal jiwa bergelodak tidak mengecapi ketenteraman.

Seperti hadith di atas, setiap tindak-tanduk kita sebagai anak adalah dilihat dari keredhaan kedua ibu bapa, tanpa keredhaan mereka, Allah SWT juga akan murka. Maka, bagaimana hati sendiri mahu tenteram sementara melayari alam perkahwinan?

Terutamanya pada kaum lelaki, yang masih syurganya di bawah telapak kaki ibu. Cuba tanya hati. Cuba tanya diri sendiri. Kenapa walau sudah lama berkahwin, cuba untuk bahagia, namun gagal mencari kebahagiaan tersebut?

Pasti ada sesuatu perkara yang tidak diredhai oleh kedua ibu bapa, yang menyebabkan Allah SWT murka pada kita.

Refleks kembali….

Muhasabah diri…

Restu dan redha itu penting.

Dengan restu dan redha daripada kedua ibu bapa, ia menjurus kedua ibu bapa kita untuk mendoakan kesejahteraan perkahwinan kita. Mendoakan kebahagiaan rumah tangga anaknya. Itulah yang sebenarnya pasangan suami isteri patut kejar. Doa daripada kedua ibu bapa.

Jika kedua ibu bapa tidak merestui perkahwinan anaknya, bermakna mereka sebenarnya berkecil hati dan mulai tidak redha. Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Jadi sekiranya kita tidak mendapat restu mereka, adakah sempurna agama kita jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat redha ibu bapa?

Dan jika ibu bapa tidak redha, adakah Allah meredhai anak itu? Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama.

Jika berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur....

Jika berkahwin disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang....

Jika berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil....

Jika berkahwin disebabkan kecantikan, ia pasti akan pudar akhirnya....

Oleh sebab itu Rasulullah SAW menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama, malah mengikuti sunnah Baginda. Kesimpulannya, sekiranya perkahwinan itu tidak direstui oleh kedua ibu bapa hubungan pasangan suami isteri itu gagal mendapatkan keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa.

Tambahan lagi, sekiranya perkahwinan berbekalkan dengan restu ibu bapa, Insya Allah, Dengan Izin Allah, apabila menghadapi sesuatu masalah atau pergaduhan, secara tidak langsung kita berasa yakin untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa, sukar mengecapi kebahagiaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,986 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen