Sebelum Mahu Menimang Cahaya Mata, Para Suami Isteri Perlu Kuat Dari Segi 5 Aspek Ini.

 

Ramai dikalangan golongan isteri menjadi tertekan setelah berkahwin. Malah ia memberi impak pada sebuah perkahwinan dimana suami akan merasakan isterinya hanya membebankan dalam hubungan. Salah satu masalah atau tekanan yang sering dialami oleh pasangan suami isteri adalah terburu-buru untuk menimang cahaya mata, tetapi tidak kuat dan tidak membuat persediaan dari segi 5 aspek ini;

1. Sihat Tubuh Badan.

Suami isteri kedua-duanya perlu SIHAT. Si isteri perlu sihat, jaga pemakanan untuk memastikan bayi yang dikandung dapat membesarkan dengan baik. Suami juga perlu sihat untuk menjaga isteri selepas bersalin nanti. Tempoh berpantang adalah waktu yang kritikal untuk si isteri demi memastikan dirinya cukup sihat dan kembali bertenaga.

Bantuan suami pada ketika ini adalah amat penting bukan sahaja bantuan fizikal malah bantuan emosi buat si isteri.

2. Kestabilan Ekonomi Keluarga.

Apabila keluarga bakal bertambah, ekonomi keluarga juga turut berubah. Suami perlu peka hal ini. Saling berbincang dengan isteri. Merancang kewangan terutamanya untuk keperluan bayi, pemeriksaan kandungan isteri dan bil hospital kelak sangat penting.

Segalanya perlukan duit. Ya, setiap anak itu ada rezekinya tetapi rezeki tidak jatuh bergolek dari langit. Pastikan kita ada kewangan keluarga yang stabil demi menjaga amanah Allah swt ini nanti dengan baik.

3. Kesediaan Emosi.

Kesediaan emosi bukan hanya emosi isteri sahaja tetapi kena ambil tahu juga kesediaan emosi suami dan anak yang lain. Emosi anak terutamanya anak sulung yang masih kecil. Menurut Dr Harlina, tempoh ideal untuk abang sulung menerima ‘adik baru’ ialah dalam tempoh 2 tahun setengah dan ke atas.

Dalam Al-Quran juga telah menggariskan bahawa susukanlah anakmu sehingga umur 2 tahun. Perkara ini juga sangat berkait rapat dengan keperluan emosi anak yang masih kecil. Masih memerlukan perhatian dari ibu dan ayahnya.

4. Keluangan Masa.

Masa khusus untuk keluarga mesti perlu ada setiap hari. Masa untuk mendidik, bergurau, beramah mesra bersama keluarga. Didikan yang sebaiknya adalah didikan dari rumah itu sendiri. Ibu bapa adalah contoh teladan buat anak-anak di rumah. Wujudkan keluarga sunnah yang mawaddah wa rahmah.

Jika ada pasangan yang masih dalam perhubungan jarak jauh, sebaiknya elakkan anak yang ramai kerana tugasan mendidik itu pasti mencabar jika hanya dibahu salah seorang pasangan sahaja.

5. Sokongan Sosial.

Apa itu sokongan sosial? Keluarga, rakan tempat kerja dan jiran inilah yang merujuk kepada sokongan sosial. Isteri pasti ada cuti bersalin dalam tempoh yang lama. Suami juga pasti kena bercuti untuk menjaga anak dan isteri.

Belum lagi jika terpaksa mengambil cuti kecemasan jika anak sakit. Sokongan sosial ketika ini amat diperlukan demi memastikan anak dapat dijaga dan dibesarkan dengan baik.

Oleh itu, pasangan suami isteri perlu sedar tentang kepentingan 5 aspek di atas. Jangan terikut-ikut dengan kata orang memandangkan anak itu adalah penarik rezeki. Namun, sekiranya fizikal dan mental suami isteri tidak kuat, bagaimana untuk mengharungi sesebuah perkahwinan itu?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen