5 Cabaran Yang Bakal Dihadapi Oleh Ibu Bapa Tunggal.

 

Setiap anak mahukan ibu bapa mereka sentiasa bersama-sama mereka dalam segala perkara. Terutama dalam mengharungi satu kehidupan yang penuh cabaran pada masa hadapan mereka. Namun sebagai ibu bapa kita sememangnya mahu berikan kasih sayang yang cukup untuk anak-anak kita. Tapi kita ini sekadar merancang dan Allah lebih mengetahuinya.

Tiada siapa yang mahu berlakunya perpisahan, namun tiada siapa tahu hikmah yang akan berlaku disebaliknya. Menjalani kehidupan sebagai ibu atau bapa tunggal bukanlah perkara yang mudah. Terutama jika anak-anak sememangnya mahukan perhatian yang cukup daripada kedua-duanya.

Untuk apa mengenangkan nasib lagi, lebih baik bangkit dan terus kuat untuk anak-anak. Mungkin agak mencabar namun jika anda mendidik anak-anak dengan baik pasti ia akan membuahkan hasilnya. Berikut adalah sedikit persiapan mental dan fizikal apabila terpaksa berdepan dengan perkara ini.



1. Cabaran kewangan.

Perkara yang paling jelas dan akan dihadapi oleh mana-mana ibu bapa tunggal adalah mengenai masalah kewangan. Terutama jika anda memiliki anak melebihi seorang. Jika dahulu mungkin anda akan berkongsi kewangan dengan pasangan anda, tapi kini anda adalah sumber kewangan untuk keluarga anda. untuk menstabilkan kewangan anda dan anak-anak, maka anda perlu mengajar mereka akan satu kehidupan yang sederhana dan jelaskan kepada mereka mengenai status kewangan yang hadapi.

2. Cabaran sosial.

Pandangan masyarakat terhadap ibu bapa tunggal sememangnya tidak boleh dibersihkan, terutama jika punca perpisahan adalah kerana penceraian. Tambahan pula, individu bergelar ibu atau bapa tunggal seringkali berdepan dengan kekangan masa yang membuatkan mereka sukar untuk memperluaskan lingkaran sosial.

3. Cabaran dengan diri sendiri.

Selalunya ibu bapa tunggal terpaksa membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap semua perkara bersendirian. Ini mengakibatkan, timbul keraguan pada diri serta keupayaan, dan sama ada keputusan yang dilakukan tepat dan terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak. Penyelesaian terbaik untuk permasalahan ini adalah dengan mendapatkan nasihat dan bimbingan dari individu di sekeliling yang dapat sentiasa memahami dan menyokong anda.


4. Tekanan yang dihadapi.

Tugasan rumah seperti membersihkan rumah, menghantar anak ke sekolah, memasak, tugasan kerja hakiki dan pelbagai lagi tugasan lain, ini adalah senarai biasa yang perlu dihadapi setiap hari. Bagi ibu bapa tunggal, anda perlu mengekalkan keseimbangan sempurna antara tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak.

Adalah normal untuk individu bergelar ibu bapa tunggal ini untuk tidak memiliki masa menjaga diri sendiri. Anda mungkin akan merasa tertekan dan bingung dengan timbunan tanggungjawab yang menanti, sedangkan anda tidak mempunyai sesiapa untuk membantu atau berkongsi bersama. Jika anak anda masih kecil dan situasi kewangan anda mengizinkan, pertimbangkan untuk mencari penjaga di rumah untuk anak anda. Namun, pastikan individu yang anda pilih mampu melaksanakan tanggungjawab dan boleh dipercayai.

5. Kesan terhadap anak-anak.

Anda perlu sentiasa ingat bahawa bukan anda sahaja yang terkesan dengan perubahan ini, malah anak anda turut merasainya. Berdasarkan kajian yang dilakukan selama 10 tahun, melibatkan lebih 25000 kanak-kanak berlainan bangsa dan taraf hidup, mereka yang hidup dalam keluarga tanpa kehadiran ibu atau bapa adalah 2 kali ganda berkemungkinan berdepan masalah kemiskinan, disiplin, akademik dan sosial hidup.

Kajian tersebut turut membuktikan bahawa kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga induk tunggal, mempunyai 1.4 kali lebih tinggi risiko untuk menjadi penganggur dan 2.5 kali berkemungkinan untuk menjadi ibu bapa ketika masih remaja. Ia juga dikaitkan dengan kadar penceraian yang tinggi, yang sekali gus meningkatkan kadar status ibu bapa tunggal pada masa akan datang.

Sememangnya bergelar ibu atau bapa tunggal bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Walau apapun masalah yang anda hadapi, jangan berputus asa, yakin pada kemampuan diri anda sendiri dan percayalah anda mampu lakukan yang terbaik buat anak-anak anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,765 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen