Amalkan Gaya Hidup Sihat Bersama Pasangan Dengan Melakukan Aktiviti Fizikal.

 

Apa yang sering anda lakukan apabila dating dengan pasangan? Jika tidak menonton wayang, pasti akan meluangkan masa dengan menikmati hidangan berat, manis dan seumpama dengannya. Tidak hairan sekiranya anda dengan pasangan mudah naik berat badan. Apabila masing-masing sedar dengan perubahan badan yang mendadak, mulalah nak menuding salah antara satu sama lain.

“Sebab awak lah saya gemuk…”

“Gemukkan tanda bahagia…”

Elakkan dengan pemikiran sebegini, cuba amalkan gaya hidup yang sihat bersama pasangan kerana ia mampu untuk meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda berdua. Nak sama-sama sihat kan? Mestilah rasa nak hidup lama bersama pasangan. Pasti akan berasa sedih, sekiranya salah seorang daripada anda akan meninggalkan dunia dahulu. Namun, ia semua adalah takdir Allah SWT yang kita tidak boleh elakkan.

Selain daripada itu, mengamalkan gaya hidup sihat juga akan:

  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL BERSAMA PASANGAN.

Bukan sahaja untuk anak kecil dan muda remaja perlu aktif dari segi pergerakan, orang dewasa juga perlu sentiasa bergerak kerana keadaan metabolism yang semakin rendah. Jadi, anda dengan pasangan perlu aktif untuk saling bekerja mengemas rumah, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif dan produktif akan mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Antara aktiviti fizikal yang anda dengan pasangan boleh lakukan bersama, adalah:

1. Aktiviti Ringan yang boleh dilakukan selama 60 minit (1 Jam) setiap hari;

  • Berjalan kaki di taman rekreasi atau mana-mana tempat yang selamat.
  • Aktiviti regangan, seperti senaman ringan atau yoga.
  • Aktiviti berkebun yang ringan untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, persekitaran rumah anda juga akan terjaga dari takungan air yang membuatkan nyamuk membiak, sampah –sarap di merata tempat yang akan menyebabkan pencemaran alam.

2. Aktiviti Sederhana pula boleh dilakukan selama 30 minit setiap hari, iaitu;

  • Berjalan laju.
  • Berbasikal.
  • Berenang.
  • Menari.
  • Lompat tali.
  • Aerobik.
  • Berlari-lari anak.
  • Turun naik tangga.

Di samping itu, anda juga perlulah lakukan senaman dengan mengikuti panduan FITT, iaitu Kekerapan, Kehebatan, Masa dan Jenis kerana ia untuk kesihatan jantung.

  • Frequency: (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu.
  • Intensity (Effort): (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa. Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
  • Time: (Masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
  • Type: (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,956 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen