“Sebab Inilah Orang Kata Lebih Elok Tinggal Di Rumah Sendiri Berbanding Rumah Mertua,” – Ikuti Kisah Ini.

 

Membina sebuah rumah tangga dan mempunyai keluarga bahagia itu adalah idaman setiap orang. Malah bagi pasangan suami isteri ini pastilah menginginkan rumah tangga yang berkekalan hingga ke hari tua. Namun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan kebahagiaan tanpa ada yang datang menduga rumah tangga tersebut.

Kebahagiaan itu boleh timbul sekiranya terdapat kesefahaman antara pasangan, saling cuba mendengar antara satu sama lain, dan pelbagai lagi perkara lain. Namun itu jika diantara suami isteri, tapi kebahagiaan rumah tangga bukan hanya terletak kepada suami isteri sahaja, tapi juga kepada kedua-dua belah keluarga, iaitu dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga mertua.

Apabila berkahwin dengan pasangan kita ini, kita bukan hanya berkahwin dengan dirinya sahaja malah berkahwin dengan seluruh keluarganya. Di sinilah kita perlu faham bahawa perkahwinan itu bukan hanya melibatkan dua orang sahaja.

Sebab itulah ada yang menyatakan bahawa hubungan suami isteri akan lebih bahagia jika mereka ini tidak tinggal bersama keluarga mertua. Bimbang pelbagai perkara yang tidak diingini boleh timbul dan sekaligus menyebabkan punca penceraian seperti yang dikongsikan oleh saudara Farizal Radzali ini. Ikuti kisahnya.



Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak memang tak boleh la kan. Tak pasal-pasal dapat status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap "kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang," katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama.

Hmmmm...... Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tak sama. Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam familinya.


Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. "Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?"

Haaa...... siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula-mula akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kepada bagaimana layanan kita pada mak ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis tapi lama-lama jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yang mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yang tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kepada para lelaki, sila baca sejarah.

Sekian....

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen