Semakin Banyak Tompok Hitam Pada Pisang Semakin Berkhasiat? Jom Ikuti Penjelasan Ini.

 

“Nanti, jangan buang dulu pisang bertombok hitam…”

Ramai dikalangan kita menganggap pisang yang semakin hitam dan banyak ‘tahi lalat’ adalah pisang yang tidak boleh lagi dimakan. Malah pisang sebegini akan terus dibuang kerana terlalu lembik dan merasakan tiada khasiat lagi untuk tubuh badan. Kelihatan, mak-mak kita juga pasti akan membuat pisang goreng sekiranya pisang tersebut menjadi semakin hitam.

Namun, apa yang anda tidak tahu berkenaan dengan pisang yang mempunyai tompok hitam adalah, khasiat dan manfaat yang sihat untuk tubuh badan anda.

UNTUK KEKEBALAN TUBUH BADAN.

Menurut kajian, pisang yang mempunyai tompok hitam yang banyak adalah pisang yang ranum dan memiliki kandungan TNF-α tinggi dimana ia berfungsi untuk mengawal kekebalan dalam tubuh badan manusia, dan seterusnya bertindak sebagai memulih keradangan dan kawasan terkena jangkitan kulit. Oleh itu, TNF-α ini adalah sumber protein yang terdapat dalam pisang yang memang bagus untuk tubuh badan anda.

MEMBANTU UNTUK MEMBUNUH SEL KANSER!

Malah menurut kajian di Jepun, mereka menggalakkan kita untuk makan pisang sebiji sehari dengan kandungan protein ini. Di samping itu, sel daripada protein ini juga membantu untuk mengawal penyebaran sel tumor, malahan menggalakkan keaktifan opoptosis iaitu sejenis sel pembunuh (bantu bunuh sel kanser).

ANTARA MANFAAT LAIN YANG ANDA AKAN DAPAT ADALAH….

Jangan salah faham, tompok hitam yang muncul pada pisang itu adalah kerana keadaan buahnya yang semakin ranum dan masak. Bukan sebab pisang tersebut sudah membusuk tau?!

Untuk pengetahuan semua, ini faedah lain makan pisang yang sudah terlalu masak anda kena tahu:-

  • Lebih masak buah pisang, lebih banyak tompok gelap, lebih kaya buah pisang tersebut dengan kandungan antioksidan.
  • Perut lebih mudah hadam pisang yang masak.
  • Tompok hitam pada pisang menghasilkan sejenis elemen dipanggil Tumor Necrosis Factor (TNF) yang mampu membunuh kanser serta sel abnormal yang muncul dalam badan manusia.

"Lebih Banyak Tompok Hitam, Lebih Manis Isinya…"

Sebab itu kalau perasan, penjaja-penjaja kuih seperti penjual pisang goreng contohnya akan menggunakan pisang yang sudah hitam. Ini kerana, pisang-pisang yang terlebih masak sebegitu akan memiliki rasa yang lebih manis. Memang sedap dibuat kuih atau ramuan dalam masakan seperti kek pisang, penkek, smoothie dan lain-lain.

Jadi, jangan takut untuk makan pisang bertompok hitam ini.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen