“Masuk Tahun Baru Ni, Jangan Malas-Malas” Tips Untuk Buang Rasa Malas.

 

“Malasnya nak pergi kerja…”

“Malasnya nak diet…”

“Malasnya nak lipat baju…”

Perasaan malas memang ada dalam diri setiap manusia. Ia adalah satu perasaan yang normal, akan tetapi jangan terlalu mengikut perasaan sehingga tertangguh banyak kerja-kerja penting. Perasaan sebegini sering datang ketika masa dan waktu yang tidak mengizinkan. Waktu dimana kita perlu laksanakan sesuatu kerja, tapi datang pula perasaan malas yang menyebabkan kita menangguh kerja tersebut.

Bukan setakat menangguh kerja, malahan terus tidak melakukan kerja tersebut. Apa yang menyebabkan perasaan malas ini muncul dalam diri anda? Ini terjadi kerana:

TIADA MATLAMAT ATAU GOAL.

Mereka yang rajin adalah mereka yang mempunyai matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh para isteri yang melakukan urusan rumah tangga, seperti mengemas rumah.

Sekiranya para isteri ini malas untuk mengemas rumah, apakah akan terjadi pada rumah tersebut?

Masalah pertama yang muncul adalah, rumah bersepah. Apabila rumah bersepah sudah tentu fikiran menjadi bertambah serabut dan tertekan. Selepas tertekan, mula rasa nak marah-marah. Dan disinilah terjadinya pergaduhan antara pasangan suami isteri.

Jadi, apakah matlamat anda untuk mengemas rumah? Untuk duduk di dalam rumah yang tenang dan nyaman supaya memiliki keluarga yang harmoni sentiasa.

Contoh yang lain lagi seperti malas nak kahwin, atau malas nak cari jodoh. Kenapa malas nak kahwin?

Takut.

Takut sebab apa?

Takut tak dapat menjalankan tanggung jawab sebagai isteri atau suami yang baik…

Takut tak dapat menjadi seorang ibu atau bapa yang baik kelak…

Takut sebab banyak sangat viral kisah rumah tangga yang diakhiri dengan perceraian…

Jadi, disini telah menunjukkan anda tiada matlamat dalam mencari jodoh dimana anda tidak yakin dengan takdir Allah SWT. Anda tidak yakin dengan kewujudan Allah SWT dimana DIA lah yang menentukan segalanya.

Anda bukan mahu berkahwin kerana tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Anda tiada kemahuan untuk menyambung legasi anak-anak Adam. Anda tidak mahu mencari barakah kehidupan melalui perkahwinan.

Hati-hati dengan sangkaan sendiri kerana takut jauh dijalan-Nya.

Oleh itu, daripada anda berterusan menjadi pemalas, jom ikuti beberapa tips ini..

1. Kenal pasti masalah utama kenapa anda malas, kemudian selesaikan masalah tersebut kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jika terlalu penat, berehat bukan terus berhenti.

Jika tidak pandai, cari orang yang lebih pakar, bukan terus terkubur masalah tersebut.

Jika tiada semangat, cari sumber positif dan inspirasi anda.

2. Mula membuat senarai yang anda mahu lakukan seperti ‘To-Do-List’ supaya anda nampak proses kerja tersebut.

3. Jangan terlalu drastik melakukan sesuatu kerja yang tertangguh, mulakan dengan sedikit supaya anda konsisten dalam apa jua anda lakukan.

4. Cuba kawal diri apa jua yang menghalang diri anda melakukan sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh pada mereka yang masih belajar, pasti mudah terganggu dengan sosial media. Jadi, kawal diri daripada menggunakan sosial media supaya tidak terganggu pelajaran.

5. Yang paling penting adalah, jangan berputus asa dan cuba disiplinkan diri. Jika perasaan malas itu muncul lagi, ulang langkah satu sampai lima.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen