6 Matlamat Kewangan Yang Perlu Dicapai Ketika Usia 30-an.

 

Apabila sudah mencecah umur 30-an, pasti banyak perkara yang akan mula dibimbangkan. Ada yang mula bimbang akan pasangan, anak serta kestabilan kewangan yang perlu dicapai untuk hidup yang selesa pada hari tua. Mana tidaknya, umur semakin meningkat sudah tentulah berharap impian-impian yang diangankan itu tercapai.

Biasanya apabila sudah mencecah umur 30-an ini, seseorang sudah mempunyai satu perkerjaan yang mampu penuhi keperluan harian mereka. Namun begitu, tidak semua orang akan mencapai kestabilan kewangan apabila mencecah umur 30-an.

Jadi apa yang perlu anda capai ketika usia sudah mencecah 30-an nanti?



1. Tidak bergantung dengan ibu bapa.

Ibu bapa adalah orang yang tidak boleh melihat anak-anaknya mengalami kesusahan terutama jika ia melibatkan kewangan. Maka dengan itu, dalam setiap kesulitan yang anda alami pasti ibu bapa anda akan menghulurkan bantuan.

Apabila anda sudah mencecah umur 30-an ini, cuba untuk bergantung pada diri anda sendiri dan berdepan dengan masalah kewangan anda sendiri. Selagi anda masih mengharapkan ibu bapa anda ia akan menghalang anda menjadi lebih matang serta bijak mengatur kewangan sendiri.

2. Bebas hutang.

Semua hutang yang anda miliki terutamanya hutang bukan perkara yang penting perlulah diselesaikan sebelum anda mencecah umur ini. Jangan biasakan diri anda dengan hutang. Jika anda mempunyai hutang yang masih belum terbayar, selesaikannya dengan kadar segera. Jangan sengaja untuk berlengah-lengahkan ia.

3. Medical card.

Biasanya orang muda akan memikirkan bahawa perkara sebegini tidak diperlukan lagi. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa ia bukanlah perkara yang sesuai untuk dimiliki pada usia sebegini. Namun sebenarnya, perkara sebegini dapat membantu anda apabila anda berhadapan dengan serangan penyakit yang tidak diduga. Hal ini kerana, ia mampu membantu anda membayar perbelanjaan perubatan dan hospital.


4. Kerjaya yang tetap.

Pada usia ini anda seharusnya sudah mempunyai satu kerjaya yang tetap dan bersesuaian dengan diri anda. hal ini kerana, perkerjaan yang anda miliki itu adalah salah satu sumber kewangan utama anda. oleh itu, tersangatlah penting untuk anda mempunyai kerja yang tetap.

5. Mempunyai tabung kecemasan.

Simpanan kecemasan selalu amat berguna kepada perkara yang tidak anda sangka akan berlaku. Sebagai contoh, jika anda diberhentikan kerja, terdapat ahli keluarga yang sakit ataupun perbelanjaan perubatan anda.

6. Mempunyai pendapatan sampingan.

Untuk menambahkan lagi kestabilan kewangan anda pada hari tua, anda seharusnya mempunyai pendapatan sampingan pada usia ini. Tidak kiralah anda mempunyai perniagaan sendiri ataupun menjadi dropship, tapi pastikan anda mempunyai kerja sampingan.

Mungkin tidak semua orang mampu mencapai matlamat ini, tapi pastikan anda mampu mencapai separuh daripadanya untuk memudahkan anda menstabilkan kewangan anda nanti. Banyak perkara yang melibatkan kewangan yang perlu anda tempuhi nanti.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen