Antara Aktiviti Untuk Cerdaskan Minda Anak Anda.

 

Sebagai ibu bapa pada zaman millennial ini, anda seharusnya mengajak anak-anak untuk melibatkan diri dalam mencerdaskan minda mereka. Anda bertanggung jawab dalam aktiviti sebegini, dan patut memberi contoh yang baik pada anak-anak supaya tidak bergantung pada gajet sahaja. Antara aktiviti yang mampu untuk mencerdaskan minda anak-anak adalah:

1. Banyakkan Aktiviti Fizikal.

Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.  Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar.

Neurohormon itu adalah serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar. Serotonin adalah neurohormon penting berkaitain motivasi dan mood.

Aktiviti fizikal yang dilaklukan oleh anak akan bantu stabilkan selera makan dan bantu mereka untuk dapat tidur yang berkualit opada pada waktu malam nanti. Apabila hormon rendah atau tidak stabil ia sebabkan anak jadi moody.

Motivasi untuk lakukan sesuatu termasuk makan akan menurun. Endorfin pula ialah neuhormon painkiller semulajadi. Ia juga jadikan mood lebih baik. Norepinephrine pula bantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi. Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.

2. Libatkan Aktiviti Eye and Hand Coordination.

Maksudnya aktiviti yang selarikan gerakan mata dan gerakan tangan atau kaki. Permainan tuju kasut, galah panjang adalah antara contoh permainan dulu yang aktifkan otak yang libatkan eye and hand coordination.

Apabila kita memandu, kita gunakan kemahiran eye and coordination untuk memandu. Anggaran jarak, ruang dan sebagainya yang libatkan spatial ability akan lebih baik pada anak yang dibiasakan dengan aktiviti sebegini.

3. Galakkan Aktiviti Bercakap.

Minta mereka terangkan apa yang mereka mainkan.

Soal mereka dengan soalan yang spesifik.

Contohnya ialah

“Amin buat apa dengan 5 getah di tangan tu”

bukannya

“Amin buat apa tu?”

Di negara antara aktiviti yang dilakukan di sekolah ialah Show and Tell.

Pelajar bawa sesuatu dari rumah dan terangkan kepada rakan lain di dalam kelas. Di rumah ibubapa boleh lakukan perkara yang sama. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin mingguan. Mulakan dengan ibubapa dahulu. Perkara penting yang perlu difahami anak buat apa yang ibubapa buat.

4. Aktiviti Libatkan Pengiraan.

Apabila bawa anak ke kedai atau di dapur, buat aktiviti libatkan pengiraan. Tunjukkan ada berapa bawang contohnya. Buat kiraan bersama sama. Kemudian minta anak buat kiraan sendiri.

Boleh lakukan aktiviti campur dan tolak. Ini akan meransang sel otak libatkan pengiraan.

5. Main Permainan Thinking Games.

Antara contohnya ialah jigsa puzzles, block building, teka silang kata, Sudoku. Permainan sebegini akan aktifkan bahagian prefrontal cortex (PFC) - ceo of the brain yang terakhir sekali siap dalam konteks perkembangan otak anak. Sekiranya dirangsang dari awal, anak anak mula beralih ke arah gunakan PFC ini ketika berfikir dan bukan lagi pusat emosi.

6. Elakkan Penggunaan Gajet .

Dan yang paling penting adalah elakkan penggunaan gajet seperti telefon bimbit, ipad/tab, komputer atau tv. Aktiviti main games samada dari telefon bimbit atau tab akan sebabkan keluarnya dopamin pada kadar yang lebih dari sepatutnya.

Dopamin ialah feel good hormon. Apabila dikeluarkan secara berlebihan ia timbulkan ketagihan. Hormon ini juga sebabkan manusia ketagih kepada dadah. Untuk elakkan anak dari pesona gajet, ibubapa harus hadkan penggunaan gajet ini.

Elakkan penggunaan gajet sewaktu makan kerana waktu makan adalah waktu yang paling sesuai untuk aktiviti bonding - aktiviti tingkatkan hubungan kasih sayang dengan anak-anak.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen