Wanita Ini Kongsikan Antara Menu Diet Yang Para Isteri Boleh Sediakan Untuk Suami.

 

Bila dah kahwin, antara masalah utama si suami hadapi adalah perut boroi. Isu ini bukan setakat merubah penampilan si suami malah menjejaskan kesihatannya juga. Jadi, sebagai para isteri, anda perlu bijak dalam menangani masalah sebegini. Jangan biarkan suami berperut boroi sehingga selesa dengan penampilan sebegitu.

Jika si suami mahukan si isteri yang sentiasa cantik bagi pandangan mata mereka, si suami juga perlulah menjaga penampilan demi si isteri. Biarlah sama-sama cantik dan kacak. Bukan untuk kecantikan luaran semata-mata, ia juga untuk kesihatan dalaman jua.

Elakkan perut boroi itu menjadi tanda kebahagiaan rumah tangga anda. Perut boroi tapi tak sihat, tak guna juga. Lagi membuatkan badan anda menjadi tertekan, dan emosi yang terganggu. Jom ikuti perkongsian dari Puan Farihah Zulkifle berkenaan dengan isu ini…

********

Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.

1. Makan suku-suku separuh.

Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

 

2. Buat senaman yang kita suka.

Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.

3. Air kena cukup. 3 liter sehari.

Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.

4. Tidur yang cukup.

Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.

********

Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen