Antara Barang Keperluan Rumah Dalam Bajet Yang Anda Boleh Dapatkan Di Daiso.

 

Sebagai pasangan yang telah berkahwin, pasti anda cuba untuk berjimat cermat dalam membeli barangan keperluan rumah. Daripada perabot di ruang tamu, sehinggalah barang keperluan di dapur. Namun, anda sering terfikir mana nak cari barang keperluan dalam bajet, dan barang yang bagaimana anda sebenarnya perlukan?

Pada masa kini, banyak sahaja kedai bajet seperti semua barang ditetapkan dengan harga RM 5 atau RM 2. Barang-barang ini anda boleh dapatkan seperti di Eco Shop atau Daiso. Namun, anda boleh juga cari di kedai Mr. DIY untuk kelengkapan barang di dalam rumah yang masih dalam bajet. Jom lihat antara barang-barang tersebut;

1. Tisu Basah Serbaguna.

Setiap pek mempunyai 150 helai kain pengelap wet wipes tanpa bau dan alcohol, dan akan memudahkan kerja membersih anda. Kain pengelap ini boleh digunakan untuk perabot dan juga peralatan elektrik seperti mesin basuh, komputer riba dan cerek. Ia juga berguna sewaktu anda melancong.

MY_Blog_hdwe store_072216_01

2. Sabun Keluli.

Besi tahan karat dalam bentuk sabun (atau bentuk lain yang mudah dipegang) ini berfungsi sebagai pembasmi bau di dapur anda. Ia sangat sesuai terutama selepas memotong bawang, durian, atau bahan mentah seperti ikan dan ayam.

MY_Blog_hdwe store_072216_02

3. Tension Pole Caddies.

Alat ini mudah untuk digunakan, murah, dan sangat sesuai digunakan untuk mengantung langsir atau penggantung di bilik mandi. Ramai yang tidak tahu pole caddy juga mempunyai fungsi lain, seperti pembahagi perkakas dapur, penggantung skirt sinki, dan penggantung kasut tumit tinggi. Anda boleh dapatkan alat ini dengan saiz berbeza sesuai untuk keperluan anda, dan ia mampu menampung berat sehingga 2Kg.

MY_Blog_hdwe store_072216_05

4. Set Pemutar Skru.

Set pemutar skru ini merupakan alatan yang berguna jika anda memiliki banyak peralatan elektrik di rumah dan juga berpegang kepada prinsip ‘do-it-yourself’. Set ini mempunyai pemutar skru dengan mata dan saiz yang berbeza.

MY_Blog_hdwe store_072216_06

5. Teko Kopi.

Trend menyediakan kopi dan teh menggunakan serbuk semakin popular kini. Ini kerana ramai orang mahu menyediakan minuman meengikut citarasa sendiri, dan berhenti menggunakan uncang segera. Pada harga RM 17.50 yang dikira berpatutan, teko ini mudah untuk digunakan. Saiznya yang kecil juga memudahkan pengguna untuk membawa teko ini kemana-mana.

MY_Blog_hdwe store_072216_08

6. Penghadang Bucu.

Penghadang bucu ini perlu dibeli untuk keluarga dengan bayi atau anak kecil untuk melindungi mereka dari terhantuk ke pintu, tingkap, almari atau meja. Harganya hanya RM 7.30 dan terdapat pelbagai warna untuk dipilih.

MY_Blog_hdwe store_072216_11

7. Pencuci Longkang / Paip.

Anda tidak perlu lagi memanggil tukang paip jika sinki anda tersumbat! Hanya RM 9.00 seunit, tuangkan sahaja cecair ini ke paip yang tersumbat untuk membasmi halangan tersebut.

MY_Blog_hdwe store_072216_12

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen