“Nak Kahwin, Tapi Duit Tak Ada” Perbaiki Kewangan Peribadi Dengan 4 Tips Ini.

 

Ramai sahaja dikalangan kita, semakin meningkat usia tetapi masih lagi belum bertemu jodoh. Namun, ada sahaja sudah mempunyai teman tetapi masih belum membuat keputusan untuk berkahwin hanya kerana hal kewangan. Masyarakat atau netizen mula mempersoalkan “Bila nak kahwin?” yang membuatkan anda mula rimas.

Daripada anda rimas dengan kata-kata netizen, lebih baik anda fokus cara untuk stabilkan kewangan anda secara perlahan-lahan dengan 4 kaedah ini…

1. Ketahui pinjaman yang berfaedah atau tidak mendatang faedah.

Majoriti daripada kalangan kita takut mendengar pinjaman atau loan kerana menyangkakan ia adalah salah satu langkah berhutang. Namun anda perlu tahu, pinjaman yang bagaimana akan mendatangkan faedah atau pun tidak. Sekiranya anda melabur dari segi hartanah, ia mendatangkan faedah kerana anda boleh sewa rumah tersebut, dimana anda mendapat pulangan.

Pinjaman yang buruk adalah dengan membeli telefon bimbit. Anda membuat bayaran installment pada telefon bimbit tersebut tetapi ia tidak mendatangkan faedah kerana gajet ialah barang susut nilai. Jadi, ia tidak boleh dianggap sebagai asset.

2. Fokus tingkatkan pendapatan.

Setelah mendapat gaji, anda akan cuba mengagihkan gaji tersebut dengan menggunakan pelbagai formula dimana untuk mengetahui bayaran komitmen dan sebagainya. Namun, perbelanjaan anda semakin hari semakin susut.

Simpanan pun hanya kekal rm300 sebulan. Kalau setahun anda mampu simpan rm3600 sahaja, cukup ke nak kahwin? Jadi, tingkatkan pendapatan anda dengan meningkatkan kemahiran diri supaya anda boleh berunding untuk kenaikan gaji.

Jangan rajin over time sahaja (OT) tapi kemahiran diri tidak diperkembangkan. Sekurang-kurangnya naikkan 10% setiap tahun.

3. Belanja dengan bijak.

Sebagai contoh, elakkan melanggan rancangan yang anda jarang tonton seperti Astro, Netflix, Iflix dan seumpama dengannya. Buat apa melanggan sekiranya balik rumah sahaja, penat kerja terus tidur. Sebagai orang bujang, ramai anak muda yang jarang menonton televisyen atau rancangan tersebut kerana fokus pada sosial media dan youtube.

Lainlah kalau dah kahwin, ada teman untuk menonton televisyen, kan?

Jadi, anda perlu bijak berbelanja mengikut situasi. Ketika bujang, mesti nak pakai baju branded sahaja. Namun, setelah berkahwin, adakah anda masih mahu mementingkan jenama sehingga perbelanjaan keluarga terabai?

Fikir-fikirkan lah…

4. Jangan ‘overthinking’.

Namun, jangan pula sekiranya anda mahu menyimpan untuk duit kahwin sehingga overthinking. Anda menyimpan sehinggakan menghalang anda untukmembuat sesuatu keputusan atau tindakan. Memang benar analisa perbelanjaan dan kewangan itu amat penting, tapi jangan pula sehingga anda dilabel kedekut. Semua tak boleh.

Nak berbelanja berpada-pada, tapi jangan pula kedekut.

Contohnya, jika anda ingin membeli rumah pertama, tetapi tidak pasti sama ada ia masa yang sesuai. Individu yang memiliki kefahaman kewangan akan tentutukan tarikh akhir untuk mereka lakukan keputusan. Dengan in, mereka akan membuat analisa dan persediaan secukupnya, tanpa mengabaikan tindakan yang bakal diambil.

Jangan sehingga merugikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,973 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen