Tips Berjimat Cermat Dalam Membeli Makeup, Wanita Wajib Baca.

 

Wanita dan makeup adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Di mana mereka ini pasti menggunakan makeup setiap hari, tidak kiralah hanya sekadar bedak mahupun lipstick sahaja. Bagi wanita, makeup ini adalah salah satu cara untuk mereka menambah keyakinan diri mereka apabila berhadapan dengan orang ramai.

Wanita biasanya akan lebih banyak menghabiskan wang mereka ke arah kecantikan diri seperti produk penjagaan diri serta produk penampilan diri mereka. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah, harga barangan makeup ini agak mahal malah wanita lebih terjerumus dalam pembelian yang berlebihan kerana selalu rambang mata.

Jadi bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terus menerus untuk membeli barangan makeup secara berlebihan serta lakukan pembaziran? Ikuti tips yang bakal dikongsi ini.

                        



1. Membeli produk yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Tips yang boleh anda ikuti adalah mencari produk yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan bukannya fokus kepada satu perkara sahaja. Sebagai contoh anda membeli eyeshadow yang turut boleh diguna pakai sebagai pemerah pipi atau highlighter. Jangan terlalu fokus untuk satu kegunaan sahaja, tetapi pastikan barangan tersebut mampu dipelbagaikan.

2. Jangan tergoda dengan jenama produk.

Jangan anda membeli satu produk itu kerana produk tersebut mempunyai satu nama besar. Jika sudah mempunyai nama yang besar pasti ia adalah produk yang agak mahal harganya. Cuba cari satu produk yang baik serta harganya yang berpatutan. Sebagai contoh, jangan terlalu memilih untuk membeli di Sephora jika wang tidak mencukupi tapi lebih baik memilih Watsons atau Guardian untuk menjimatkan wang anda.

3. Setia pada satu jenama produk.

Apabila anda terlalu memilih untuk mempunyai barangan dari jenama yang hebat maka anda akan lebih banyak membazir kerana akan mengikuti setiap tred pengeluaran produk tersebut. Tapi jika anda lebih memilih satu produk dan setia terhadap kualiti barangan tersebut pasti anda tidak akan terkejar-kejar untuk memiliki barangan yang lain.


4. Fokus pada kualiti produk.

Apa yang lebih penting adalah anda perlu memberi fokus kepada kualiti barangan tersebut bukannya kuantiti barangan tersebut. Hal ini kerana, kualiti akan memberikan anda satu kepuasan manakala kuantiti hanya akan membuatkan anda lebih terdedah untuk melakukan pembaziran.

5. Pastikan produk tersebut habis terlebih dahulu.

Sesetengah orang akan lebih mudah terpengaruh dengan produk-produk yang viral di media sosial, jadi adalah lebih baik anda menghabiskan satu produk yang bersesuaian dengan muka anda terlebih dahulu sebelum membeli produk yang viral itu. Anda perlu tahu bahawa setiap kulit itu berlainan.

Jadi pastikan kecantikan yang anda miliki itu seiring dengan cara anda yang bijak dalam berbelanja. Jangan biarkan anda memiliki rupa yang cantik tapi anda lebih suka melakukan pembaziran.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen