“Apabila Mereka Ini Membeli Rumah Yang Kecil Dan Tidak Mewah, Beri Sokongan Bukan Meremahkan.”

 

Memiliki hartanah sendiri ini sudah pasti impian setiap orang. Bahkan tidak mudah untuk memilikinya terutama jika masih muda dan masih inginkan satu kehidupan yang meyeronokan. Mana tidaknya, untuk memiliki sebuah rumah ini perlu ada simpanan terlebih dahulu, komitmen yang kuat serta melupakan keseronokan pada usia yang muda. Nak memiliki sebiji rumah buat kali pertama ini banyak yang perlu dikorbankan.

Biasanya rumah pertama yang dibeli ini bukanlah satu yang mewah, besar dan gah, tapi lebih sekadar untuk cukup untuk mereka tinggal bersama keluarga mereka kelak. Jadi apabila kita melihat seseorang itu membeli rumah yang kecil, tinggi di atas awan ataupun tidak begitu selesakan diri anda, jangan pernah luahkan perkara tersebut dihadapan dirinya.

Mana tidaknya, nak dapat bukanlah satu yang mudah tapi bila dah dapat orang lain pula padangan dirinya sebelah mata pula. Sedikit perkongsian daripada saudara Azizul Azli Ahmad, mengenai apabila rumah pertama menantu, rakan atau adik beradik kita ini kecil. Ikuti perkongsiannya.



                          

Jika Rumah Menantu Kecil?

1. Jika anak menantu kita beli rumah kecil baru nak mula hidup.

"Sempit juga rumah ini ya".

"Alah.... Besar sikit jer dari bilik tidur mama".

"Macam sangkar burung rumah kamu Mah".

"Ishhhh panasnya rumah kamu nie Lofa"

" Amboi tinggi atas kayangan rumah hang nie".

2. Saya kira ungkapan begini boleh menguriskan hati anak, kawan dan menantu kita.

3. Belajarlah hormati perasaan dan keputusan mereka, mereka baru nak mula hidup sebenarnya.

4. Lebih seksa jika kita paksa mereka buat kenduri macam dalam rancangan Nona dan Mahligai Cinta.

Hutang berjela dan semua simpanan hilang begitu sahaja.

5. Sokonglah mereka ada rumah kecil pertama. Biar mereka belajar hidup sederhana seadanya.

6. Dari 'istana kecil' inilah mereka akan mula bina keluarga bahagia.

7. Jika kita saudara, ibubapa dan kawan mereka. Pujilah usaha mereka untuk ada rumah pertama walau kecil dan pangsa sahaja.

8.Jangan sindir rumah mereka kecil dan tak selesa, mereka sedang berusaha.

9. Sanjungi mereka, berikan tirai kita yang mungkin kita dah tukar baru, meja makan kita yang masih baik untuk mereka mula hidup bersama.

Percayalah, mereka akan tersanjung punya usaha kita.

Ketika kita sedang lena dirumah kita, mereka juga sedang membilang bintang dilangit untuk capai apa yang mereka impikan. Sokonglah mereka.

Sebab apa rumah pertama tidak perlu besar dan mewah?

                       

1. Mak mertua bukan tiap hari datang rumah kita.

2. Anak belum ada, buat apa banyak bilik terus. Lima tahun pertama anak masih nak tidur sebilik dengan kita.

3. Dapur besar bukan nak buat kenduri tiap tahun, nanti lebih banyak masa diluar.

4. Zaman dan berubah, dulu rumah besar dan luas.

Sekarang hanya sekangkang kera luasnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen