Sukar Bangun Awal? Cuba Kaedah Ini.

 

Bangun awal pagi itu adalah perkara yang paling penting dalam rutin harian kita, apabila kita sukar untuk bangun pagi, maka segala kerja akan tergendala. Terutama jika anda ini sudah bekerja. Pasti anda perlu bangun pagi untuk pergi ke kerja dan memastikan bahawa anda sentiasa cergas pada waktu pagi untuk menyelesaikan tugasan anda. Tapi jika bangun lewat dan pergi ke tempat kerja dalam keadaan lesu dan mengantuk, pasti itu akan memberi masalah kepada anda.



Jika ada satu tabiat kesihatan yang anda ingin amalkan, tidur dan bangun awal ialah amalan yang terbaik boleh anda lakukan. Pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik boleh berlaku jika seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup, antaranya obesiti, penyakit jantung, dan gangguan mental.

Tidak semua orang mampu bangun awal tetapi ia tidak mustahil. Kaedah ini mungkin dapat membantu.

1. Tutup semua gajet satu jam sebelum tidur.

Cahaya pada skrin gajet dan telefon pintar anda memberikan isyarat kepada tubuh bahawa hari masih siang dan menyebabkan anda kekal segar. Selesaikan semua kerja lebih awal dan tutup semua gajet, terutamanya internet supaya notifikasi yang masuk tidak menggangu anda tidur.

2. Tidur awal.

Definisi awal mungkin berbeza bagi setiap orang. Namun secara amnya, sebelum pukul 12 tengah malam adalah optimum. Anda boleh dapatkan tidur selama 6 hingga 8 jam dan boleh bangun antara jam 5 dan 6 pagi. Kalau tidak tidur awal, macam mana ingin bangun awal dengan segar?

3. Letakkan jam loceng jauh dari katil.

Sebolehnya, elakkan menggunnakan telefon pintar sebagai jam loceng. Beli satu jam loceng khas agar perhatian anda tidak terganggu dengan notifikasi dan mesej dari telefon pintar tersebut. Kemudian, letakkan jam tersebut jauh dari katil supaya anda terpaksa bangun untuk menutup bunyi loceng. Ia seterusnya akan membuatkan tubuh lebih segar.

4. Baca buku sebelum tidur.

Membaca membuatkan minda lebih tenang. Genre buku yang lebih santai seperti novel cinta dan puisi sangat sesuai dibaca sebelum melelapkan mata. Ia membantu mengurangkan stres dalam kepala selepas penat bekerja sepanjang hari. Minda yang stres akan membuatkan otak sentiasa aktif dan menyukarkan anda untuk tidur.

5. Jadikan katil anda eksklusif sebagai tempat tidur.

Setiap kali anda baring di atas katil, ia akan memberikan isyarat kepada tubuh bahawa masa untuk tidur telah tiba. Elakkan aktiviti lain seperti makan atau membuat kerja di atas katil. Sediakan ruang atau tempat khas untuk aktiviti lain. Katil hanya tempat tidur dan berehat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,994 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen