Sedarlah Wanita... Anda Hanya Sekadar 'Back Up' Sahaja atau Anda Dicintai?

 

Sila baca jika ingin tahu sama ada anda dicintai atau hanya sebagai 'back up' sahaja :

1. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak menghubungi anda dalam masa beberapa hari dan menghubungi anda secara tiba-tiba. Lelaki yang tulus mencintai anda akan menghubungi anda secara spontan apabila memikirkan sesuatu perkara.



2. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" mengutamakan kawan-kawan mereka sebaliknya lelaki yang tulus mencintai anda tahu untuk membahagikan masa untuk anda dan kawan-kawan mereka.

3. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak menghubungi anda apabila pergi bercuti. Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa menghubungi anda untuk mengambil berat tentang anda.

4. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" merungut kerana selalu sibuk - mesej supaya anda tidak "menganggu" mereka. Lelaki yang tulus mencintai anda akan meluangkan masa mereka untuk anda dan berasa gembira apabila anda menhubungi mereka walaupun sedang sibuk.



5. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" membatalkan temujanji pada saat-saat akhir dan menutup handphone mereka supaya anda tidak dapat menghubungi mereka. Kemudian lelaki itu akan kembali kepada anda dengan alasan yang baik.Lelaki yang tulus mencintai anda akan rasa bersalah sekiranya membatalkan temujanji pada saat akhir. Mereka akan segera menghubungi anda apabila perkara yang membatalkan temujanji anda selesai.

6. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" menjadikan anda sebagai tempat mereka menyelesaikan masalah mereka sahaja. Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa ingin membuatkan anda tersenyum.

7. Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak suka anda menganggu mereka ketika mereka sedang berehat. Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa ingin berhubung dengan anda.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen