Air Mawar Mampu Rawat Kulit Muka Dan Rambut? Jom Amalkan.

 

Sering kali kita mencari pelbagai produk untuk kecantikan tubuh badan kita, tidak kiralah untuk muka, badan ataupun rambut kita. Apa yang pasti kita mahu jauhkan dari segala barangan yang mengandungi merkuri yang akan memudaratkan tubuh badan kita. Mari kembali semula ke alam semula jadi yang membantu merawat segala penyakit yang ada.



Pada hari ini, kenapa banyak produk penjagaan wajah menggunakan ekstrak air mawar? Sama ada anda mempunyai kulit berminyak, kering atau kombinasi, magik air mawar jalan terbaik dimasukkan ke dalam rejim kecantikan.

Tahukah kamu, penggunaan air mawar sudah bermula sejak dari zaman Cleopatra lagi. Ya, Cleopatra menggunakan air mawar sebagai rutin penjagaan kulitnya. Bukan itu sahaja, katanya kebaikan air mawar turut dipraktikkan Puteri Jawa.

10 Kebaikan Air Mawar Untuk Wajah Dan Rambut

1. Air mawar membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit dan mengawal minyak yang berlebihan.

2. Air mawar mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan kulit yang merengsa, menghilangkan jerawat malah ekzema. Ia adalah pembersih dan alat pembantu yang hebat untuk menghilangkan minyak dan kotoran terkumpul di dalam liang-liang yang tersumbat.

3. Air mawar membantu menghidrat dan melembapkan kulit supaya kelihatan segar.

4. Oleh kerana mempunyai sifat antibakteria, air mawar ampu bekerja untuk menyembuhkan luka.

5. Ciri-ciri antioksidan air mawar membantu menguatkan sel-sel kulit dan menjana semula tisu kulit.

6. Sifat astringen yang dimilikinya, air mawar membantu membersihkan liang pori dan memberi kulit senada.

7. Aroma mawar dikatakan sebagai ubat penenang. Menggalakkan kesejahteraan emosi, sehingga membuat anda berasa lebih santai.

8. Khasiat dan pelembap air mawar meningkatkan kualiti rambut. Ia dikenali untuk merawat radang kulit ringan dan menghilangkan kelemumur. Air mawar baik sebagai perapi semula jadi dan menghidupkan semula pertumbuhan rambut.

9. Aroma air mawar pada bantal juga membantu anda tidur lebih baik selepas hari yang panjang, menjadikan tidur anda lebih kualiti.

10. Ia juga membantu penuaan kulit, mengekalkan garis-garis halus dan kedutan.

Jom cari produk berasaskan air mawar ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,702 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen