“Jangan Sebab Orang Suruh Kahwin Kita Pun Kahwin…”

 

Perkahwinan itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main, apabila dah tak nak dah bosan maka pilih untuk berpisah. Perkahwinan ini bukan hanya duduk atas pelamin sehari sahaja, selepas itu dah tiada apa yang berlaku. Sebelum berkahwin dan ketika majlis perkahwinan berlangsung itu bukan satu perkara yang besar.

Kehidupan selepas berkahwin itu adalah satu perkara yang besar kepada setiap individu. Jika dahulu mungkin anda boleh bangun pada waktu petang ketika cuti, tapi selepas bersuami anda perlu ubah tabiat tersebut. Jika dahulu anda boleh lepak sehingga larut malam apabila tiba hari minggu tapi bila beristeri ini anda perlu pulang awal, kesian isteri duduk rumah seorang.



Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin ini kebanyakannya akan berubah dan berbeza melainkan jika anda dan pasangan menjalani perhubungan jarak jauh.

Menjadi suami atau isteri ini perlukan kesediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal. Bukan itu sahaja, kedua-duanya perlu tahu erti tanggungjawab bukannya apabila orang suruh kahwin, anda kahwin ataupun bila tengok orang lain kahwin anda pun ingin berkahwin.

Sedikit perkongsian serta pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin ini membuka mata buat anak muda yang bakal mendirikan rumah tangga.


“Jangan sebab orang suruh kahwin, kita pun kahwin…”

Nampak BF dah kerja, dah ada kereta, orang akan kata “Tunggu apa lagi, suruh la dia masuk meminang dan berkahwin, jangan tunggu lama-lama”

Simple kan, tapi sebaliknya tak "sesimple" tu…

Alam perkahwinan ni bukan untuk sehari dua. Ianya untuk seumur hidup, tak macam couple, gaduh-gaduh, merajuk, dia pujuk balik or baik balik. Alam perkahwinan ni, kalau merajuk, boleh jadi tidak dipujuk, boleh jadi bergaduh sampai ada yang keluar rumah, ada yang kena pukul. Tekanan tu tak sama. Expectation pun tak sama. Apa yang sweet-sweet masa bercinta, belum tentu sweet tu ada sampai dah mendirikan rumah tangga and the worst case, hati si dia beralih arah pada orang lain...

So kepada kaum hawa, tolong tanya soalan ini kepada bf korang…


“Awak dah bersedia untuk menanggung saya?
Awak dah bersedia untuk bagi saya nafkah dari segi tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan?
Awak dah sedia untuk bertanggungjawab terhadap diri saya dari hujung rambut sampai hujung kaki?
Awak dah bersedia untuk membimbing saya dengan agama? Awak dah bersedia untuk menjadi suami, menjadi ayah?
Awak dah bersedia untuk meninggalkan zaman bujang awak?”


Terus terang, kalau dia tak bersedia lagi, maka jangan kahwin lagi, tunggu sampai betul-betul dia bersedia. Sebab cabaran, tekanan, dugaan dan ujian apabila berkahwin ni lain. Hanya yang betul-betul bertanggungjawab sahaja yang mampu mengekalkan perkahwinannya dan yang “bertanggungjawab” itu pulak, dah semakin pupus dah zaman sekarang ni…

Tak nak tanya pun tak apa, cuma jangan mengadu sana sini pulak nanti yer...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen