Berapa Jumlah Wang Perlu Anda Beri Pada Ibu Bapa? Jom Baca!

 

Memetik maksud sebuah hadis, “tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan dibawah”.  Tidak kira berapa pun jumlah wang yang anda berikan kepada ibu bapa anda, ianya boleh memupuk sikap ingin bersedekah dan juga mengurangkan rasa pentingkan diri sendiri. Selain itu, anda akan membuat ibu bapa anda bangga (walaupun kadangkala mereka tidak akan memaklumkannya kepada anda). Tindakan memberi wang ini menunjukkan anda telah menjadi seorang individu bertanggungjawab dan memiliki perancangan kewangan.

Pemberian Lebih Bermakna Dari Jumlah Wang.

Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan anda berikan wang, ketahuilah yang mereka amat menghargainya. Bak kata pepatah, ‘it’s the little gesture that counts’. Walaupun jumlahnya kecil, tindakan ini menunjukkan anda prihatin tentang mereka. Malah, inilah masanya untuk anda menjadi anak yang membalas jasa.

Jadi, Berapa Jumlah Wang Patut Anda Beri?

Sebaiknya, wang yang anda berikan boleh bantu untuk menampung perbelanjaan harian dan bil perubatan ibu bapa anda. Tetapi, jika anda tidak mampu untuk berikan jumlah tersebut, seberapa yang anda berikan asalkan boleh meringankan beban mereka sudah mencukupi. Berikut ialah contoh cadangan jumlah pemberian untuk berikan anda anggaran:

  • RM 150 untuk bil elektrik
  • RM 300 untuk barang dapur
  • RM 150 untuk insurans

Contoh anda boleh memberi sebanyak RM 500 sebulan, anda sudah menampung bayaran untuk bil elektrik dan juga barangan dapur. Dan jika anda hanya mampu memberi RM 200 sebulan, ini juga sudah boleh menampung bil elektrik atau insuran. Selain itu, dengan usia ibu bapa anda yang meningkat, perbelanjaan untuk perubatan serta pelan insuran yang bagus harus diutamakan.

Katakanlah anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk berikan kepada ibu bapa anda pada setiap bulan, jangan risau. Anda masih lagi boleh menyumbang untuk ibu bapa melalui cara berikut:

  • Selalu pulang ke kampung untuk melawat mereka.
  • Bantu mereka dalam kerja-kerja rumah
  • Belikan barang keperluan dapur
  • Bantu mereka ke pemeriksaan doctor
  • Belanja makan sekali-sekala.

Jadi, apa salahnya sebagai contoh anda bawa mereka ke restoran kegemaran (atau sebagai contoh, tempat mereka bertemu janji dahulu!) Sebagai ganti makan tengah hari atau makan malam. Walaupun perbezaan gaya kita dibesarkan bermaksud ibu bapa mungkin ataupun tidak kisah mengenai pemberian wang  dari anak-anak; tetapi jangan lupa yang masih ada cara anda boleh membantu di usia emas mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,965 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen