Apa Yang Suami Fikir Apabila Terlihat Isterinya Menangis?

 

Tangisan dengan kaum wanita memang tidak dapat dipisahkan. Golongan wanita lebih mudah mengeluarkan air mata berbanding dengan kaum lelaki. Akan tetapi apabila lelaki yang menangis, situasi ini amat menjelekkan bagi kaum wanita kerana mereka beranggapan lelaki seharusnya menjadi kuat dan bukannya lemah.

Tetapi apa pula pandangan lelaki terhadap wanita yang menangis terutamanya dalam perkahwinan. Ini kerana ada sahaja wanita yang tidak mudah mengeluarkan air mata ketika bercinta kerana ego atau segan dengan pasangan. Namun, semuanya pasti mudah dilihat selepas berkahwin.

Sering pula terlihat isterinya menangis tidak seperti waktu cinta. Jadi, si suami akan berasa;

1. Ingin tahu yang kuat.

Menurut forum perbincangan di girlsaskguys.com, ramai lelaki berkata yang mereka lebih tertarik untuk cari tahu apa masalah yang sedang dihadapi seseorang wanita yang sedang menangis. Adaiannya, sebanyak 90 peratus lelaki biasanya akan memujuk wanita kesayangan mereka biarpun kadang-kala wanita itu langsung tidak menghargai mereka. Sweet sangat!

2. Rasa Bersalah Yang Amat!

Kaum suami akan berasa bersalah walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap isterinya. Mungkin kerana itu juga, ramai wanita suka mengambil kesempatan dengan menangis untuk melangsaikan kesalahan mereka terhadap pasangan. Maklumlah, hati lelaki kan mudah ‘kecut’ kalau nampak perempuan menangis. Hmmm…

3. Terasa Lebih Intim.

Apabila si suami cuba memujuk isterinya yang sedang menangis, mereka berasa lebih intim. Mereka akan cuba memujuk dahulu sebelum bertanya tentang kebenaran, kerana kaum lelaki bukan seorang ‘jump into conclusion’. Hal ini membuatkan mereka menggunakan ‘saat sadis’ (tempoh pujuk-memujuk) itu untuk memperbetulkan masalah hubungan yang dihadapi bersama pasangan.

Bagi pandangan suami, apabila isteri telah dipujuk dengan pelukan dan ciuman pasti akan mudah melupakan kesalahan suaminya.

4. Buat tidak tahu.

Ada juga sebahagian lelaki yang mengambil tidak kisah apabila terlihat isterinya menangis. Golongan ini sebenarnya seorang suami yang tidak romantik, namun bukanlah tidak mengambil kisah langsung tentang isterinya. Akan tetapi, cuba memberi ruang terhadap isterinya untuk menangis bersendirian dan bertenang. Bagi mereka, jika mereka memujuk takut keadaan menjadi semakin teruk pula.

Ada juga isteri yang memarahi suaminya jika terus memujuk, dan menepis tangan untuk dipeluk. Kesian si suami. Sebab itu, mereka buat tidak tahu sahaja.

5. Blur.

Sebenarnya kebanyakan kaum suami akan menjadi blur apabila terlihat isterinya menangis. Sudah menjadi kebiasaan, secara realitinya lelaki bukan pandai memujuk seperti hero-hero dalam drama yang sentiasa kita tonton di televisyen. Jika suami anda jenis blur ketika anda menangis, pujuklah diri sendiri ya.

6. Berasa tidak adil!

Apabila anda dengan suami sedang dalam pergaduhan atau berbeza pendapat, kemudian menangis, mereka merasakan situasi sebegitu tidak adil! Ramai suami merasakan, isterinya sengaja menggunakan tangisan sebagai senjata untuk membuat mereka berasa bersalah dan panik.

Kebanyakan golongan suami hanya pendam sahaja tentang masalah ini kerana tidak mahu perkara menjadi lebih serabut. Jadi, mereka hanya mendiamkan diri dan buat seperti biasa. Jadi, jika si isteri tidak mahu melihat si suami mengamuk pula, janganlah tanya soalan yang sama bertubi-tubi. Jika mereka kata, mereka okay, okay lah jawapannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,272 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen