Tanda-Tanda Pasangan Suami Isteri Saling Sayang Antara Satu Sama Lain.

 

Seperti Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…..

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa' 4:19)

Dalam Al-Qur’an juga banyak yang menyebut tentang perkahwinan, si suami perlulah melayani baik pada isterinya, begitu juga dengan si isteri. Pasangan yang sudah berkahwin perlulah saling sayang menyayangi, saling mencintai, saling menghormati, saling menghargai dan sebagainya supaya hubungan suami isteri utuh sehingga ke hujungnya.

Apabila saling sayang menyayangi, si suami akan:

1. Sentiasa memeluk isterinya apabila tidur bersama.

2. Sentiasa mencium pipi isterinya dengan erat kemana sahaja dia pergi.

3. Sentiasa ajak makan bersama, tidak boleh makan bersendirian… tidak kira pada waktu pagi, tengah hari atau malam.

4. Sentiasa mahu pulang ke rumah usai sahaja kerja di pejabat, kerana di rumah ada isterinya.

5. Sentiasa mahu solat berjemaah dengan isterinya dimana sahaja mereka berada.

6. Sentiasa membelikan hadiah untuk isterinya apabila kerja di out station.

7. Sentiasa memeluk bahu atau berpegangan tangan walaupun semasa menonton televisyen bersama.

8. Sentiasa bersedia untuk membuat kerja rumah bersama isterinya tanpa disuruh, kerana ia adalah tanggung jawab bersama.

9. Sentiasa memuji isterinya cantik, menggunakan mekap yang lawa dan seumpama dengannya.

10. Sentiasa menegur kesilapan isterinya secara bersemuka, dan sebolehnya tidak menggunakan bahasa yang kesat sehingga menyakitkan hati isterinya.

Apabila si suami memberi kasih sayang yang secukupnya, si isteri akan mula:

1. Tersenyum bahagia dengan usikan si suami dimana sahaja mereka berdua berada, walaupun usikan itu hanyalah biasa-biasa sahaja.

2. Melakukan semua perkara tanpa merungut dan mengeluh.

3. Sentiasa memasak makanan kegemaran suaminya.

4. Sentiasa berpakaian cantik di hadapan suaminya sahaja.

5. Dapat menerima teguran dari suaminya dan tidak cepat melenting, malah sedaya upaya untuk memperbaiki diri.

6. Taat pada suaminya, dan tidak kisah menjadi makmum ketika solat dimana sahaja mereka berada.

7. Sentiasa menutup aurat.

8. Tidak melakukan perkara yang suaminya tidak suka seperti menjemput seseorang yang bukan mahramnya ke rumah.

9. Sentiasa memuji suaminya kacak walaupun hanya berpakain casual.

10. Sentiasa mahu berada disisi suaminya walaupun dalam keadaan senang dan susah.

Semoga Rumah Tangga Anda Berbahagia Hendaknya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,809 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen