Antara Aktiviti Untuk Melatih Anak Anda Sentiasa Bergerak Aktif.

 

Anak-anak kecil yang sedang membesar, memerlukan banyak latihan dari segi pergerakan supaya mereka mampu untuk:

  • keseimbangan dan kekuatan tubuh.
  • pergerakan kasar dari bahagian bahu hingga pergelangan tangan.
  • pergerakan kasar bahagian tengah tubuh.
  • pergerakan kasar bahagian kaki.

Aktiviti sebegini juga dipanggil sebagai kemahiran motor kasar dimana ia cuba melatih anak-anak kecil menjadi lebih aktif dan produktif dari segi gerakan tubuh badan. Jadi, ibu bapa harus melatih anak-anak dari kecil melakukan beberapa aktiviti ini:

1. Berenang.

Sukan renang sangat memberi manfaat kepada anak-anak. Aktiviti ini akan melibatkan hampir kesemua anggota badan mereka iaitu tangan, kaki kepala dan belajar  mengawal pernafasan supaya mereka boleh terapung.

2. Balance Beam.

Aktiviti balance beam ini adalah salah satu aktiviti vestibular yang melibatkan hampir kesemua anggota badan seperti tangan, bahu, tengah badan dan kaki. Kanak-kanak juga belajar untuk  mengimbangkan tubuh badan mereka agar tidak terjatuh daripada laluan yang disediakan.

3. Teng Teng.

Permainan ini sangat popular bagi kanak-kanak di zaman 80’s. Bukan sahaja seronok malah banyak manfaatnya. Kanak-kanak akan melompat dan belajar untuk mengimbangkan badan mereka dengan sebelah kaki sahaja. Aktiviti ini dapat menguji daya kekuatan otot kaki mereka.

4. Berjalan Atas Tape

Permainan  ini sering dijalankan di tadika-tadika untuk membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan badan mereka daripada terkeluar daripada kawasan tape. Mereka boleh berjalan atau melompat di atas tape yang sudah pasti membantu dalam meningkatkan kemahiran motor kasar mereka.

Aktiviti ini bolehlah divariasikan dengan meletakkan mainan seperti buah, kereta atau apa sahaja untuk diambil di penghujung tape agar lebih menarik.

5. Sarang Labah-Labah.

Dengan hanya menggunakan tali atau tape, reka satu laluan seperti sarang labah-labah yang besar.  Aktiviti ini akan merangsang kanak- kanak untuk merangkak, melangkah atau membongkokkan badan mereka untuk merentasi halangan yang dibina.

6. Jungle Trekking.

Aktiviti ini akan memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Seperti kita tahu, pengalaman baru dilalui kanak- kanak akan membina laluan neural yang baru di dalam otak mereka. Semakin banyak laluan baru ini terbina, semakin aktif otak mereka berfungsi. Bukan sahaja memberi manfaat kepada kemahiran motor mereka, malah sangat bagus untuk otak!

7. Canopy Walk

Aktiviti ini sebenarnya sangat mencabar untuk dilakukan. Tidak dapat dinafikan ada juga orang dewasa yang tidak berani atau “gayat” untuk melakukan aktiviti ini. Namun tidak mustahil, kanak-kanak seawal usia umur 3 tahun mampu berjalan diatas kanopi yang mempunyai ketinggian yang tinggi ini sehingga penghujungnya.

Mereka mampu mengimbangkan badan mereka untuk berjalan, memegang tali dengan baik dan yang pasti mampu mengawal perasaan takut mereka pada permukaan yang tinggi.

8. Merentas Gua.

Pasti pengalaman meneroka gua adalah pengalaman yang menarik dan mengujakan untuk anak-anak. Di samping menguji ketahanan otot-otot badan mereka  untuk berjalan, merangkak dan memanjat permukaan gua yang pelbagai, mereka juga dapat belajar hidupan yang sering menjadikan gua sebagai habitat seperti kelawar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen