Ready Ke Nak Kahwin?

 

Setiap hujung minggu sahaja, pasti banyak kenduri kahwin yang anda perlu pergi. Bukan sahaja rakan-rakan anda yang sudah berkahwin, malah perlu menemani kedua ibu bapa anda ke kenduri kahwin anak kepada rakan mereka. Pada mereka yang masih bujang, pasti  terdetik “Dah ready ke nak kahwin?”, walaupun usia yang semakin meningkat, namun terasa jiwa masih muda.

Ready nak kahwin bukan setakat persediaan kewangan semata-mata. Bukan setakat mempunyai pekerjaan yang sudah stabil, akan tetapi ia memerlukan persediaan dari segi semua aspek termasuklah fizikal dan mental.

Bukan sahaja perlu ready dari segi menjadi suami atau isteri, tetapi anda juga perlu ready menjadi ibu atau bapa kelak. Jangan ingat fasa honeymoon anda akan berpanjangan, kerana kelak anda akan menimang cahaya mata.

Jangan pula tiba-tiba tak ready nak ada anak, macam mana tu? Oleh itu, kepada bakal pengantin, mereka yang mahu menamatkan zaman bujang, cuba tanya pada diri anda berkenaan dengan soalan seperti ini:

1. Dah bersedia nak kongsi bilik dan barangan peribadi dengan si dia?

Bukan sahaja berkongsi kamar tidur, anda berdua juga akan berkongsi kamar mandi, dimana anda dengan pasangan akan mengetahui bahawa si dia tak suka basuh tandas. Hanya membiarkan rambut di atas sinki, dan seumpama dengannya.

2. Dah bersedia nak tinggalkan kawan-kawan rapat dan bagi keutamaan pada dia dalam setiap keadaan?

Dalam perkahwinan, pasangan dan rumah tangga adalah prioriti bagi anda sekarang dan bukan lagi sahabat baik. Hormati dan hargai pasangan supaya mereka tidak terluka.

3. Dah bersedia nak buang hobi keluar lepak sana sini dan keluar bila perlu sahaja?

Pada mereka yang suka lepak sehingga lewat malam, lepak di kedai mamak, asal stress je kena shopping, buang tabiat sebegini kerana anda memiliki hati pasangan yang perlu dijaga.

4. Dah bersedia nak kongsi kewangan, gaji atau apa sahaja pendapatan?

Dah berumah tangga, susah senang perlu tanggung bersama. Si suami perlu memberi nafkah, manakala si isteri perlu tahu kemampuan suami.

5. Dah bersedia nak dengar luahan rasa bila salah seorang perlukan a shoulder to cry on?

Jangan biarkan pasangan keseorangan ketika berduka. Rawatlah kesedihan mereka, dengan sentiasa berada disisi pasangan.

6. Dah bersedia nak terima kekurangan dia?

Dah ready nak lihat ketidaksempurnaan pasangan dikala anda juga tidak sempurna? Pada ketika dan saat inilah anda dengan si dia harus saling melengkapi.

Selain daripada itu:

  • Dah sedia nak bersyukur dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah swt. Demi kebahagian rumahtangga?
  • Dah sedia nak menjaga amanah yang diberikan apabila Allah berikan zuriat?
  • Dah sedia nak tahan hati dan perasaan andai tak serasi dengan mertua dan ipar duai?
  • Dah sedia nak menempuh apa jua dugaan yang datang selepas berkahwin dan faham konsep redha akan qada dan qadar?
  • Dah sedia menjarakkan diri dari kawan-kawan berlainan jantina. Sentiasa menjaga ikhtilat termasuk di group whatsapp?
  • Dah sedia nak jadi suami atau isteri kepada insan yang berjaya mencuri hati kita dan tutup pintu untuk insan lain.

Namun, tidak semua daripada kita sebenarnya mempunyai persediaan seratus peratus untuk melayari perkahwinan bersama pasangan. Cuma hati dan minda perlu terbuka dan dilapangkan supaya tahu antara perkara yang tidak terjangka. Bersedia sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen