Bagaimana Seorang Isteri Boleh Cemburu Dengan Suaminya? Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Kisah isteri yang melakukan kerja dari rumah ini telah dikongsikan oleh Puan Intan, dimana si suami perlu memahami perasaan si isteri…

********

Suatu hari, suami pulang agak lewat dari kerja. Kemudian selepas dia menyantuni kami dan anak-anak selepas solat, dia minta izin untuk keluar berjoging. Katanya untuk 'warming up' sempena charity run yang dia akan dia sertai pada hujung minggu.

"30 minit je..." janjinya.

Saya hargai dia bertanya, tanda dia menghormati isterinya. Walau sebenarnya selaku suami, dia tak perlu pun izin saya.

Setelah suami pergi, saya sambung semula buat kerja bisnes di workstation, sambil memantau anak-anak mewarna menggunakan water color.

Namun, terhenti taipan di papan kekunci. Tiba-tiba sahaja hati rasa tersentuh.

"Arghh... seronoknyalah jadi orang lelaki. Bebas sebebas burung. Aku jugalah yang seperti gajah yang dirantai besi. Kalau dibukakan rantai kaki pun tak reti nak ke mana.." bisik hati kecil.

Yelah, apabila suami beri masa keluar untuk ME-TIME, ada masanya (bukan setiap kali) hati asyik teringat pada anak. Rasa tak tahu pula nak ke mana. Rasa sunyi tanpa usikan suami dan keletah anak-anak. Sudahnya beberapa minit dah terpacul semula depan pintu rumah.

Ya Allah.. wanita.. wanita.. sungguh complicated! Terus teringat lagu Ragaman. Huhu. Wanita ni, kadang dia pun tak faham kenapa dia rasa dan bertindak begitu.

Dengar bunyi pintu rumah dibuka, suami sudah pulang. Dia terus naik mendapatkan saya. Secepatnya dia perasan perubahan riak wajah ini. Bertahun-tahun hidup bersama, dia sudah masak dengan segala perubahan reaksi wajah isterinya.

"Kenapa ni? Marah ke?" Soalnya prihatin.

Saya menggeleng.

"Taklah."

"Habis tu?"

Saya melepas nafas. Pandang muka suami.

"SAYA CEMBURU, CEMBURU DENGAN KEBEBASAN ABANG," luah saya. Jujur.

Suami saya senyum. Fahamlah dia gelojak hati saya.

"Terima kasih yang.. atas segala pengorbanan. Jaga anak-anak, jaga abang." Katanya perlahan. Mungkin untuk menyejukkan hati ini.

Alhamdulillah. Terpujuk juga hati ini. Walau kadang rasa sebak dan menitis juga air mata bila singgah perasaan kacau sebegini, tanpa tahu kenapa.

Teringat satu pesanan ustazah, "orang perempuan yang Allah pilih duduk rumah, dia perlu bersyukur, Allah pilih nak beri dia pahala tanpa perlu bersusah pun keluar dari rumah. Dia redha 'lepaskan' suami buat jihad, dakwah, cari nafkah halal, pahala tersebut dia pun dapat."

MasyaAllah. Mudah bunyinya. Namun, selalu ada masanya emosi seperti roller coaster.

Nak pujuk hati, nak redha itu sangat payah. Tak pernah pun cemburu dengan wanita lain tentang hidup mereka. It's their life. We woman are not in competing with each other. We should empower each other.

Namun setelah berkahwin, disebabkan hanya suami best friend forever (BFF) yang ada. Maka, dialah sasaran rasa cemburu itu. Cemburu dia boleh bebas ke mana tanpa perlu risau pada anak-anak, sebab ada isteri di rumah menjaga mereka.

Hati bapa tak seperti hati ibu, itu kata orang tua-tua.

Saya tahu, ada juga wanita lain rasa seperti ini. Bukan tak redha, tetapi inilah cabaran yang kadangkala singgah menguji hati.

Ada suatu masa, bila dengar radio ikimfm, berkumandang lagu 'Jangan Menangis Habibah'. Sampai korus, suami turut ikut menyanyi,

"Solat lima waktu..

Puasa di Ramadhan..

Taati suamimu..

Maruah dipertahan..

Sabdanya pilihlah..

Syurga mana..

Pintu mana..

Yang kau suka"

Suami pandang pada saya sambil senyum. Beria dia menyanyi. Saya tahu dia maksudkan lirik itu untuk menguatkan saya. Dulu semasa sebelum nikah, dengar khutbah baitul muslim, asatizah bacakan hadis betapa mudahnya isteri nak masuk syurga.

Rupanya lepas kahwin, I have to admit, this journey is tougher than what I was thought before. Everyday is a battle. Sometimes I win. Sometimes I lose. But as Muslim, I never give up. "I am not a bad mom, it's just a bad day." Reset semula esok, insyaAllah. Syukur alhamdulillah, masih waras lagi.

Bercerita pada ibu kadang ibu hanya gelakkan sahaja. Ya, mungkin cabaran ibu bahkan lebih sukar lagi kerana kesibukan ayah bahkan lebih berganda. Terima kasih ibu, atas segala pengorbanan untuk kami anak-anakmu.

Medan rumahtangga nampak kecil. Sekecil dalam rumah, bahkan cuma menangani anak-anak kecil, "it's not a big deal." Sesetengah memang akan fikir begini. Namun, di sebalik dinding batu itu, ramai wanita telah tewas menangani emosi sendiri. Ramai yang 'lost' kerana depresi.

Maka, sangat penting suami memainkan peranan sebagai supporter nombor satu isteri, teman paling baik dan paling rapat kepada isteri.

Jangan biarkan isteri sendirian. Selalulah bertanya perasaannya dan berbual dengannya. Selalulah ambil tahu segala gelojak rasanya yang dipendam. Peluk dirinya. Buka pintu rumah, dapatkanlah dia dahulu. Mehnah dan tribulasi dalam rumahtangga adalah ujian berdua suami dan isteri, maka tangani ujian itu bersama, galasi beban itu bersama.

Support isteri selayaknya dialah ketua penghulu bidadari kalian di syurga. insyaAllah.

Semoga Allah merahmati semua suami dan isteri yang sentiasa berusaha membahagiakan, menyokong dan memahami pasangan masing-masing sebaiknya. Amiin

Hidup ini adalah untuk menggapai redha Ilahi. Semoga dapat lagi berkumpul bersama dalam syurgaNya. InsyaAllah.

******** 

Semoga Bermanfaat dan Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen